UMNO Kesinambungan Perjuangan, Gembleng Usaha Untuk Kembali Jadi Pilihan – Adham Baba

  JOHOR BAHRU, 8 Mei – Tarikh 11 Mei perlu terus diraikan sebagai kesinambungan perjuangan UMNO agar berkekalan apatah lagi ianya sangat penting kerana menandakan setahun juga kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba. “Kita sebenarnya mahu supaya kelemahan yang mereka (PH) lalui menjadikan kita kuat dan […]

» Read more

Setahun Pentadbiran Pakatan Harapan, Bermulanya Dekad Malap

TARIKH 9 Mei 2018 pasti akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia, apabila rakyat memilih untuk membuat perubahan sebuah kerajaan. Menukar sebuah kerajaan yang stabil dan cemerlang dari segi pentadbiran dan pembangunan yang dibawa selama ini, kepada sebuah kerajaan yang sarat dengan harapan. Malah, negeri Johor juga antara negeri yang tidak terkecuali memilih untuk dipimpin oleh Pakatan Harapan. Selepas setahun menggapai […]

» Read more

Bila PM Guna Perkataan Bodoh… Kenapa Tidak Pada Menterinya Sendiri?

KUALA LUMPUR, 7 Mei – “Ramai menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) bawa idea ‘Bungol’ seperti tanam buloh ganti sawit dan sebagainya, bahkan ada YB dari PH cadang tanam pokok ganja tapi Tun M tidak menukar mereka walaupun rakyat anggap itu idea bodoh.” Demikian bidas bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung dakwaan Perdana Menteri […]

» Read more

Akhirnya Apa Yang TMJ Katakan Tentang Statut Rom Ternyata Benar

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mengelar Tengku Mahkota Johor (TMJ) sebagai budak kecil yang bodoh dan tidak tahu apa-apa sedangkan sebaliknya, hakikat dan realitinya, TMJlah satu-satunya anggota kerabat diraja yang berani bangkit menyanggah Perdana Menteri yang diisytihar nombor 47 paling hebat dalam dunia. Demikian bidas Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam. “Ya, […]

» Read more

Kalau TMJ Tidak Dedahkan, Kita Tidak Tahu Raja-Raja Ditipu – Asyraf

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak agar Tommy Thomas dilucutkan jawatan sebagai Peguam Negara kerana membiarkan Raja-Raja Melayu dihina. Asyraf Wajdi menegaskan, Tommy Thomas tidak berbuat apa-apa ketika beberapa panel sebuah forum di Universiti Malaya yang turut dihadirinya menghina institusi Raja tanpa segan-silu. “Terbaru Raja-Raja kita hari ini dihina, dalam […]

» Read more

Ceramah Perpaduan Ummah

PONTIAN 4 MEI — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyampaikan ceramah isu semasa semasa sambil diperhatikan oleh kepimpinan PAS dan BN di Majlis Ceramah Perpaduan Ummah di DUN Tiram Bahagian Tebrau Johor malam semalam. Foto — MediaUMNO

» Read more

Pertembungan Kem Tun M – Muhyiddin Yassin, PPBM Ibarat Retak Menanti Belah

JOHOR BAHRU 4 Mei – Pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang pelantikan Mazlan Bujang dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor yang baharu pada minggu ini jelas merupakan tamparan hebat dan memberi kesan kepada air muka serta kepimpinan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkembangan itu amat memeranjatkan kerana […]

» Read more

PH Jangan Melampau Bermain Politik Persepsi & Kebencian, Hasut Rakyat Benci Institusi Raja-raja Melayu

SUBANG, 2 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menasihati kepimpinan Pakatan Harapan (PH) agar jangan melampau dalam berpolitik. Tegasnya jika mahu bermain politik persepsi dan politik kebencian ada hadnya serta jangan terlebih batasan sehingga hilang rasa hormat pada institusi Raja-raja Melayu. “Pada ‘barking dog’ pakatan, nasihat saya pada mereka ‘anjing salak bukit, bukit tak akan […]

» Read more

Pelbagai Ujian Menanti Penyatuan Ummah, Hayati Sejarah Tamadun Andalus – Dr Shamsul

JOHOR BAHRU, 2 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pelbagai ujian akan menanti berhubung usaha dan kerjasama penyatuan ummah antara parti itu dengan PAS yang hari ini semakin memperlihatkan sinar, sekaligus menyebabkan pihak-pihak tertentu tidak senang duduk melihat kepada momentum berkenaan. Menurut beliau, lantaran itu tidak pelik timbul pelbagai kenyataan demi kenyataan berhubung kerjasama berkenaan […]

» Read more

Ceramah Perpaduan Ummah UMNO-PAS Peringkat Parlimen Pagoh

PAGOH 30 April–Orang ramai yang hadir pada Ceramah Perpaduan Ummah UMNO-PAS Peringkat Parlimen Pagoh yang bertempat di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh. Turut berceramah bersama-sama Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki, Datuk Iskandar Bin Abd Samad, Naib Presiden PAS Malaysia, Ustaz Hj. Abdullah Hussin, Pesuruhjaya PAS Johor, YB Kapt. (B) Hj. Najib Bin Lep, ADUN Bukit Pasir, Datuk […]

» Read more
1 391 392 393 394 395 416