Bila PM Guna Perkataan Bodoh… Kenapa Tidak Pada Menterinya Sendiri?


KUALA LUMPUR, 7 Mei – “Ramai menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) bawa idea ‘Bungol’ seperti tanam buloh ganti sawit dan sebagainya, bahkan ada YB dari PH cadang tanam pokok ganja tapi Tun M tidak menukar mereka walaupun rakyat anggap itu idea bodoh.”

Demikian bidas bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mahathir Mohamad bahawa Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah budak kecil yang bodoh.

Tegasnya, tidak pula Tun mengata calon PH di PRK Semenyih, Muhammad Aiman Zainal sebagai budak bodoh kerana berjanji ‘hari ini saya menang, besok semua masalah selesai’.

“Sebaliknya Tun M sangat sakit hati apabila dikritik oleh TMJ. Nampak dia melalut sehingga terkeluar perkataan ‘bodoh’. Apakah Tun M tahu fakta sebenar kritikan TMJ.

“Takkan mengkritik Statut Rom dianggap bodoh. Takkan mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri Johor dianggap bodoh. Takkan memaklumkan sumbangan Sultan Johor kepada rakyat dianggap bodoh,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, hari ini.

Kata beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, sebenarnya Tun M marah apabila TMJ mencadangkan ‘daripada tukar jurulatih JDT lebih baik tukar PM’.

“Kenapa mesti marah sedangkan Tun M sendiri pernah menulis surat kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 17 Jun 1969 supaya dia meletak jawatan.

“Bahkan Tun M telah mengadap Yang di-Peguan Agung pada 15 September 2016 untuk menyerahkan deklarasi rakyat mendesak Najib letak jawatan.

“Apakah rakyat yang mengkritik Tun M juga dianggap budak kecil yang bodoh. Nampaknya TMJ terlalu personal dengan TMJ?

Ini kerana katanya, TMJ juga ada followers tersendiri.

“Dia adalah pemilik Kelab JDT. Dia anak raja yang berani. Kalau dia tidak melatah dengan perkataan seperti “Bodoh” kenapa Perdana Menteri kali kedua dan paling lama jadi sedemikian?”

Semalam, Tun M dilapor berkata ‘TMJ is a little boy (budak kecil)… dia bodoh kerana tidak tahu apa yang berlaku. Jadi jangan cakaplah apabila anda tidak tahu apa yang sedang berlaku’ menerusi sidang akhbar Setahun PH di bangunan Perdana Putra.

Beliau mengulas kenyataan Tunku Ismail di laman Twitter bahawa perbuatan baik ayahandanya, Sultan Ibrahim yang mengurniakan tanah kepada rakyat dan kerajaan tidak ditonjolkan atau dihebahkan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.