Minggu Keenam Dewan Rakyat Hangat Dengan Usul Undi Tidak Percaya, Peruntukan JASA

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Isu undi tidak percaya dan pengundian belah bahagian untuk beberapa kementerian sebelum peruntukan Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat jawatankuasa menghangatkan persidangan Dewan Rakyat, minggu ini. Bertitik tolak daripada kemelut politik di Perak yang menyaksikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan pada 5 Dis, selepas tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri, […]

» Read more

Akses Sejagat Untuk Memperoleh Vaskin Yang Mampu Milik Adalah Penting – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Pemvaksinan adalah hak asasi manusia yang harus dihormati, dilindungi dan dipenuhi, kata Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Justeru, katanya akses sejagat kepada vaksin yang mampu dimiliki, mudah diperoleh dan mencukupi untuk semua adalah penting. Beliau berkata, kerjasama di peringkat antarabangsa amat mustahak ketika ini untuk memastikan koordinasi yang efektif dan tindak susulan terhadap […]

» Read more

Lulus Belanjawan 2021, Kerajaan Johor Perlu Segera Fokus Kepada Pelaksanaan – DMJ

JOHOR BAHRU, 7 Dis – Dewan Muda Johor (DMJ) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor kerana berjaya meluluskan Belanjawan Johor 2021, semalam. DMJ berasa sangat berbangga kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah menunjukkan kematangan yang tersendiri apabila usul Belanjawan Johor 2021 diluluskan secara sebulat suara. “Melalui kelulusan […]

» Read more

Dewan Rakyat Sentuh Krisis Jiwa Dan Mental Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Krisis jiwa dan mental yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat yang tertekan kerana kehilangan pendapatan, berjauhan daripada keluarga dan kegelisahan kesan pandemik COVID-19, adalah antara isu dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) kepada Menteri Pembangunan […]

» Read more

Keputusan Parti Dibuat Secara Berjemaah, Bukan Dari Kenyataan Peribadi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menggunakan kuasa mutlaknya sebagai pengemudi parti dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan parti. Sebaliknya ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, segala keputusan adalah secara berjemaah melibatkan pemimpin-pemimpin lain di dalam parti. “Elok saya kongsikan kaedah di dalam membuat keputusan. Saya tidak akan, pernah […]

» Read more

Hilang Kerja Sumbang Kadar Jenayah Tinggi, Harap Kerajaan Tangani Soal Keselamatan Rakyat – Zahida

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan melahirkan kebimbangan akan keselamatan rakyat terutamanya golongan wanita yang paling berisiko menjadi mangsa samun dan ragut. Katanya, antara punca menyumbang kepada kadar jenayah adalah makin ramai hilang pekerjaan dan makin ramai penganggur. “Jenayah berlaku tidak mengira masa, lebih-lebih lagi di musim krisis sekarang. “Bukan mahu membela penjenayah, […]

» Read more

Dewan Rakyat Hari Ini Bersidang Hingga 3 Petang

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Persidangan Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan satu jam sehingga 3 petang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan. “Tanpa mengambil kira usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu pada Khamis, 5 Nov 2020, dan mengikut peraturan 12 (1), saya dengan ini memohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini, Rabu 25 Nov 2020, […]

» Read more

Isu Infrastruktur, Pengajian Tinggi Antara Dibangkitkan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Isu infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sabah dan pendidikan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi adalah antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang bakal diajukan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar mengenai status projek infrastruktur asas luar […]

» Read more

Kuarters, Penjara Seremban Dikenakan PKPD 24 Nov Hingga 7 Dis – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban menjadi kawasan terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok (24 Nov) hingga 7 Dis ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan […]

» Read more

Pengambilalihan Semula Lebuh Raya Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Isu berkaitan rundingan semula pengambilalihan konsesi lebuh raya di negara ini oleh pihak kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya antara perkara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan diajukan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) kepada Menteri Kanan Kerja Raya. […]

» Read more
1 334 335 336 337 338 360