‘Tarikh Tutup’ Pendaftaran Vaksinasi : Cadangan Seribu Satu Persoalan – Dr Puad

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat kenyataan Ketua Penerangan PPBM, Datuk Wan Saiful Wan Jang yang mencadangkan agar kerajaan menetapkan ‘tarikh tutup’ pendaftaran vaksinasi  menimbulkan pelbagai persoalan.

Sepatutnya jelas Puad, sebagai Ketua Penerangan apakah beliau telah menyiasat kenapa rakyat Malaysia perlahan dalam melakukan pendaftaran vaksinasi.

“Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan minta kerajaan tetapkan “tarikh tutup” daftar program vaksinasi kebangsaan.

“Baca sepintas lalu cadangan Wan Saiful itu, kita sudah tahu tujuannya. Macam paksa dan ugut. Maksudnya kalau tidak daftar juga selepas dari tarikh tutup, maka engkau punya pasal.

“Barangkali memang itu cara PN. Suka menghukum. Masalahnya, menghukum cara separuh masak.Sebagai Ketua Penerangan yang suka data dan sains, sudahkah Wan Saiful siasat kenapa rakyat Malaysia perlahan daftar vaksinasi,” soalnya.

Puad berkata demikian menerusi catatan di Facebooknya, di sini, hari ini.

Puad seterusnya menambah janganlah membuat sebarang andaian sebaliknya turun ke bawah melihat perkara tersebut dan memgapakah hanya 7.6 juta dari 26.7 juta mendaftar menerusi MySejahtera manakala dari 7.6 juta itu, baru 1,331,262 orang terima dua dos vaksin COVID -19, manakala seramai 3,030,096 individu telah terima dos pertama.

“Aplikasi MySejahtera ok ke tidak. Bagaimana di kawasan pedalaman, pulau dan Kampong orang asli? Kalau rakyat Malaysia sambil lewa kenapa mereka berebut rebut bila kerajaan tawarkan vaksin AstraZeneca.

“Wan Saiful sudah siasatkah kenapa mereka yang berbulan daftar di MySejahtera sampai sekarang belum dipanggil untuk vaksinasi? Itu belum ambil kira soal vaksin cukup atau tidak. Malaysia buat tempahan pertama bulan Disember 2020. Kenapa lambat? Kenapa Singapura dan Indonesia dapat cepat?

“Wan Saiful kata, kalau ada tarikh tutup NGO dan sebagainya boleh digembeling untuk kempen daftar vaksinasi. Kenapa mesti tunggu ada tarikh tutup? Agensi kerajaan termasuk jentera Penerangan PPBM tidak boleh buat sekarang ke,” soalnya. – UMNO Online.