Program “Outreach” Bantu Percepatkan Rakyat Terima Vaksin – Bung

KINABATANGAN, 27 Jun –  Pemberian Vaksin melalui program “outreach” Vaksinasi Covid -19 di kawasan luar bandar di negeri ini khususnya yang tidak mempunyai akses kesihatan dan masalah perhubungan jalanraya bertujuan untuk memastikan penularan pandemik COVID-19 dapat dicegah dari terus berleluasa

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pemberian suntikan vaksin melalui program ini yang akan dilaksanakan secara menyeluruh bermula Julai ini dijamin mengembalikan norma kehidupan rakyat seperti sediakala.

” Saya yakin apabila program pemberian vaksin kepada rakyat dapat dilaksanakan sepenuhnya kehidupan kita akan kembali normal dan pelbagai sektor yang terjejas akibat penularan Pandemik Covid-19 akan kembali pulih” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program “outreach” Vaksinasi Covid -19 dan penyampaian bakul makanan di dua buah kampung ,kampung Balat dan Sangau dekat sini kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap Abdul Rahim dan Pemain Pembangunan Masyarakat kawasan Lamag Abu Bakar Gafar

Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan usaha perlu dilipatgandakan bagi memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan vaksin dan mendaftarkan mereka sebagai penerima vaksin

Katanya kebersamaan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta diperlukan untuk menjayakan proses pendaftaran dan pemberian Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang masih rendah khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar di negeri ini.

Menurut Bung peratusan rakyat yang menerima vaksin masih agak rendah terutamanya di luar bandar antara puncanya ialah kurangnya maklumat yang tepat mengenai kebaikan vaksin selain kekangan perhubungan.

“….kerana itu kita adakan program Outrecah Vaksinasi COVID-19 bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai khususnya mereka yang tinggal di luar bandar menerima Vaksin

” Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pendaftaran melalui MySejahtera sahaja ,ini kerana ada kawasan di luar bandar yang tiada ekses internet.

“Justeru peranan pemimpin masyarakat akar umbi bagi memberikan penjelasan tentang kebaikan vaksin dan mendaftarkan mereka sebagai penerima dapat membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat” katanya .

Mengulas mengenai kehadiran ramai masyarakat luar bandar khususnya di Kinabatangan untuk mendapatkan suntikan vaksin pada siri program outreach yang dilaksanakan berbanding jumlah dos vaksin yang dibekalkan, Bung yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, perkara itu juga berlaku di negara-negara lain.

Bagaimanapun, beliau yakin ketibaan bekalan dos vaksin pada Julai ini dijangka mampu mencapai 85 peratus sasaran rakyat diberikan suntikan vaksin pada Oktober nanti. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.