Peruntukan Untuk Kesihatan Perlu Dilihat Sebagai Pelaburan Bukan Perbelanjaan – Khairy

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan agar peruntukan untuk kesihatan perlu dilihat sebagai satu pelaburan dan bukannya perbelanjaan, terutamanya dalam pencegahan dan rawatan untuk kanser. Beliau berkata sejak sekian lama, kerajaan telah memberikan subsidi hampir sepenuhnya terhadap ubat-ubatan paling berkesan, bagi memastikan rawatan terbaik untuk pesakit kanser. Beliau berkata rawatan baharu juga boleh didapati […]

» Read more

Skuad Keluarga Malaysia Selaraskan Semua Mekanisme Bantuan Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Skuad Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berfungsi untuk menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat memerlukan di seluruh negara, di bawah satu jentera. Ismail Sabri berkata Skuad Keluarga Malaysia akan diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kolaborasi pelbagai agensi di […]

» Read more

KPKT Tubuh Jawatankuasa Khas Atasi Projek PR1MA Lewat Siap

PETALING JAYA, 7 Okt – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengatasi isu projek perumahan berstatus lewat siap termasuk projek kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA). Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata jawatankuasa itu antara lain bertujuan memudahkan pemantauan dibuat secara lebih dekat selain menjalankan pendekatan baharu untuk menyelamatkan projek terbabit. “Dulu modelnya tidak […]

» Read more

Komen Berbaur Perkauman Tidak Boleh Diterima Dalam Budaya Malaysia – Halimah

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara S.Kisona baru-baru ini tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique. Beliau berkata ini memandangkan sukan telah lama jadi menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia selama ini. “Nasihat saya kepada […]

» Read more

Kerajaan Sasar Basmi Kemiskinan Tegar Menjelang 2025

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan menumpukan kepada 2.9 juta isi rumah B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Menurut dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi hari ini, tumpuan akan diberi kepada daerah dan lokasi termiskin di bandar dan luar bandar bagi menangani isu kemiskinan dan […]

» Read more

20 Cadangan Transformasi Parlimen, Demi Pulihkan Kestabilan Negara

KUALA LUMPPUR, 11 Sept – Ahli Parlimen Pontian yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melontarkan 20 cadangan transformasi parlimen demi memulihkan kestabilan negara. Beliau yang juga calon bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat memberikan 20 cadangan seperti berikut : 1. Menyediakan setiap Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan / Backbenchers dan Pembangkang seorang pegawai penyelidik bagi membantu membuat kajian […]

» Read more
1 326 327 328 329 330 360