Ubah Bersama BN, PRN Untuk Kestabilan Demi Masa Depan Johor – Shahril Hamdan

JOHOR BAHRU, 26 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berpandangan slogan ‘ubah’ yang seringkali dimomokkan oleh parti lawan juga kini relevan untuk digunakan UMNO/Barisan Nasional (BN). Katanya, ini kerana BN juga sebelum ini melalui pelbagai ujian dalam berpolitik termasuk menjadi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dan slogan tersebut wajar digunakan sebagai petanda bagi mengubah ke arah […]

» Read more

Anak Muda Bangkit Tolak PH, Gagal 22 Bulan Tadbir Negeri – Hairi

JOHOR BAHRU, 25 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah berpandangan anak muda sudah bangkit dan akan menolak Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini. Katanya ini kerana, mereka sudah melihat kegagalan PH sewaktu mentadbir negeri dan persekutuan selama tempoh 22 bulan. “Kita semua tahu bahawa undi orang […]

» Read more

Pencalonan Pimpinan Muda Pengiktirafan Parti – Mohd Fared

JOHOR BAHRU, 25 Feb – Calon muda yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Mohd Fared Mohd Khaled berpandangan langkah pimpinan parti yang menyenaraikan beberapa calon muda untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu langkah yang baik. Pada masa yang sama katanya ia juga adalah satu pengiktirafan terhadap golongan berkenaan untuk membawa obor perjuangan parti […]

» Read more

Pengeluaran KWSP: PPBM, PAS Pun Sokong, Asyraf Harap Tuntutan Rakyat Segera Diluluskan

KUALA LUMPUR, 23 Feb – “Alhamdulillah, PPBM dan Pas pun sudah menyokong pengeluaran kali terakhir i-Citra KWSP RM10k yang amat diharap dan dituntut oleh rakyat.” Demikian luah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan pendek dalam laman facebooknya. Ini susulan Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan dilapor berkata akan menyampaikan petisyen ditandatangani 108,000 orang secara […]

» Read more

Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menempelak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah bertindak menakutkan rakyat dan pelabur melalui kenyataannya akan membongkarkan kedudukan kewangan negara. Katanya, beliau sebagai bekas Perdana Menteri tidak sewajarnya bertindak seperti itu kerana ketika pentadbirannya sendiri negara berdepan dengan kesan situasi luar jangka akibat penularan pandemik COVID-19 […]

» Read more

Tidak Perlulah Perguna Modal Agama Untuk Kempen Politik, Rakyat Sudah Matang – Asyraf

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta agar tidak perlulah mana-mana pihak memperguna modal agama untuk kempen politik. Tegasnya, rakyat sudah matang dan mahu melihat tawaran dasar dan polisi. “Kononnya dapat pahala, dosa bila sokong satu-satu parti. Guna pula nama Allah kononnya laknat parti itu dan ini. “Rakyat sudah matang dan mahu […]

» Read more

Jangan Tertipu Propaganda PH Gambarkan ‘Kejayaan’ Tadbir Negeri – Shahril

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berharap rakyat terutama di negeri Johor tidak tertipu dengan helah dan dakwaan parti yang pernah mentadbir kerajaan negeri menggambarkan kejayaan mereka dalam melakukan tadbir urus. Katanya, penceritaan mereka itu lebih bersifat memilih dan tidak menjelaskan secara keseluruhan. “Tular satu poster report card di mana Pakatan Harapan (PH) memutarbelit fakta laporan […]

» Read more

Rintihan Berterusan Rakyat Harapkan Pengeluaran KWSP – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluahkan bahawa beliau didatangi seorang lelaki yang berdepan beban kewangan dan mengharapkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Katanya, beliau kecewa apabila berterusan mendengar rintihan rakyat yang berharap supaya mereka dibenarkan membuat pengeluaran terakhir wang KWSP. “Baru-baru ini saya didatangi seorang lelaki semasa makan di […]

» Read more

Calon MB PN Hanya Boneka Muhyiddin? – Noor Azleen

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Noor Azleen Ambros berpandangan calon menteri besar Perikatan Nasional (PN) disifatkan seperti boneka kepada pengerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Katanya ini kerana penawaran bekas Perdana Menteri itu sebagai penasihat ekonomi Johor sekiranya PN menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menjelaskan segala-galanya. “Dengan peranan sebagai penasihat ekonomi, bermakna menteri […]

» Read more
1 280 281 282 283 284 503