25 Menara Komunikasi Akan Dibina Di Johor

ISKANDAR PUTERI, 23 Jun – Sebanyak 25 menara komunikasi baharu akan dibina di Johor bagi mengatasi masalah capaian Internet sekali gus memberi manfaat kepada 50,846 premis di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh berkata menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kerajaan negeri merancang membina 11 menara di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, Tiram […]

» Read more

Biarlah Kami Dengan Urusan Anak Beranak – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 13 Jun – “Biarlah kami dengan urusan kami anak-beranak,” demikian lontar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin yang menyeru Presiden UMNO untuk bergenti berpolitiking kerana takut dengan baying-bayang sendiri dan kehilangan jawatan. Dalam hal ini, Ahmad Shabery memberikan analogi dengan […]

» Read more

Semarak Uniti Keluarga Malaysia Dipergiat Di Peringkat Akar Umbi

JEMPOL, 4 Jun – Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia akan terus dipergiat di peringkat akar umbi bagi mendukung usaha kerajaan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan agama di negara ini. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program itu menjadi platform integrasi untuk membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di […]

» Read more

Konvensyen BN Teruskan Kesinambungan Ikatan Kukuh Dalam Parti – Norshida

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang akan diakadan esok merupakan satu langkah terbaik dalam usaha memastikan ikatan yang terbina sejak sekian lama diperkukuhkan. Ketua Penerangan Wanita, Datuk Norshida Ibrahim berkata sejak BN mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, parti terus mengorak langkah bersama rakan-rakan sedia ada iaitu UMNO, MCA, MIC, dan PBRS serta […]

» Read more

Jangan Bebankan Rakyat, Ambil Tindakan Tegas Terhadap Kartel Yang Kawal Harga Ayam – Norshida

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Wanita UMNO hari ini mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kartel yang cuba mengawal harga ayam kerana dibimbangi akan menyebabkan isu tersebut terus membebankan rakyat. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online berkata beberapa laporan yang menyebutkan soal berkenaan harus dilihat secara mendalam. Menurut beliau keadaan itu seolah-olah ada sesuatu yang tidak […]

» Read more

Sekarang Masa Untuk Bekerja, Tolak Ketepi Agenda Lain – Norshida

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Sekarang adalah masa untuk bekerja dengan masing-masing memainkan peranan tersendiri agar segala-galanya bergerak lancar apabila gendang pilihan raya dipalu kelak. Dalam keadaan sedemikian, jangan dilupakan juga eratkan lagi kerjasama dan muafakat hubungan sesama rakan komponen yang lain agar kejayaan yang diimpikan menjelma pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, demikian lontaran Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk […]

» Read more

“Tahniah Rakyat Malaysia” – Khairy

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan tingkah laku yang baik dalam fasa peralihan ke endemik. Beliau berkata ini sekali gus membuktikan bahawa rakyat mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini dan mereka masih patuh dengan prosedur operasi standard dalam mengekang penularan COVID-19. “Kita lihat dari segi tingkah laku […]

» Read more
1 279 280 281 282 283 331