MOSTI Cadang Perkenal Industri, Teknologi Dron Dalam Silibus STEM

KOTA TINGGI, 24 April – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bercadang untuk memperkenalkan industri dan teknologi dron dalam silibus pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan lebih ramai pelapis dan penggiat industri itu pada masa hadapan. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu dalam usaha kerajaan dalam memperkemaskan […]

» Read more

Janganlah Terlalu Laju Ke Depan, Biarkan Proses Perbicaraan Berjalan

KUALA LUMPUR, 23 April – Sejak  Mac lalu perbicaraan kes penderaan adik Bella hangat diperkatakan di media sosial dan media massa, malah amat difahami sesiapa pun yang membaca kisah adik Bella ini akan merasa geram dan marah dengan penderanya serta berharap dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya. Namun pada masa yang sama Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berharap netizen tidak sewenang-wenangnya […]

» Read more

BN Realitikan Janji: Bantuan Kasih Bangsa Johor Langkah Bantu Rakyat Pelbagai Peringkat – Norshida

KUALA LUMPUR, 14 April – Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim melihat Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi merupakan satu langkah yang amat baik dalam usaha membantu rakyat pelbagai peringkat. Menurut beliau tentunya pengumuman bantuan berkenaan adalah satu perkara yang menggembirakan masyarakat Johor dan apa yang paling penting adalah soal pelaksanaan. “Syukur Alhamdulilah, […]

» Read more

Johor Bincang Dengan Pemaju, Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

ISKANDAR PUTERI, 14 April – Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan perbincangan dengan pemaju dan pemain industri untuk membina lebih banyak rumah mampu milik yang berharga RM200,000 ke bawah di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata langkah itu dilakukan selepas pihaknya mendapati terdapat 120,000 rumah mampu milik yang dirancang, tidak dibina dalam […]

» Read more

Hampir 400,000 Orang Dijangka Guna Laluan Darat Malaysia-Singapura Pada Minggu Pertama

ISKANDAR PUTERI, 31 Mac – Hampir 400,000 orang dijangka menggunakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Linkedua, pada minggu pertama pembukaan semula sempadan negara bermula Jumaat ini. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kesemua kaunter di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) iaitu di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini, dan Bangunan Sultan […]

» Read more

Exco Baharu Mahu Fokus Kemakmuran, Kepentingan Rakyat Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu akan terus fokus kepada kemakmuran bagi memastikan ekonomi dan kepentingan rakyat negeri ini sentiasa terpelihara. Mereka berikrar akan melakukan yang terbaik demi negeri selain melahirkan ucapan penghargaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan untuk menggalas […]

» Read more

70 Peratus Barisan Exco Johor Orang Muda – MB

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Sebanyak 70 peratus daripada barisan exco kerajaan negeri Johor yang diumum hari ini adalah dalam kalangan orang muda, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi. Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata barisan exco kali ini juga dibarisi pemimpin pelbagai kaum dan mengambil kira keseimbangan jantina sekali gus mencerminkan wajah sebenar Bangsa Johor. “Barisan exco ini […]

» Read more

Senarai Portfolio Exco Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan senarai barisan baharu Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik menerajui kerajaan Johor. Berikut adalah senarai penuh porfolio Exco Johor yang baharu: 1. Datuk Onn Hafiz Ghazi (Ahli Dewan Undangan Negeri Machap) Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor 2.Datuk […]

» Read more

Projek 123: Memaknai Hubungan Negeri dan Persekutuan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti ini akan memberikan tawaran serta pelan yang unik, sesuai dan menjawab keperluan masyarakat di peringkat Persekutuan dan negeri. Katanya, tawaran itu bukan sahaja mesti bersifat khusus dan segar tetapi menyeluruh dan saling melengkapi. “UMNO memahami bahawa keperluan dan fokus setiap kerajaan di peringkat negeri dan […]

» Read more
1 277 278 279 280 281 327