Angkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) bergambar bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (dari kiri) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Khairin Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya K. Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Mohd Hairi Mad Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Datuk Zahari Sarip selepas Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene hari ini.
Turur sama (dari kanan) Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Norlizah Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Liang Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Mohd Fared Mohd Khalid dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.