Hishammuddin Beri Pandangan Selepas ‘Bulan Madu’ PH Berakhir

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan mula memberikan pandangannya terhadap isu-isu berkaitan kementerian itu dan penggantinya, Mohamad Sabu, selepas tempoh ‘bulan madu’ kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) berakhir. Pakatan Harapan (PH), yang membentuk kerajaan baharu selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) pada 9 Mei lepas menawarkan pelbagai janji melalui manifestonya termasuk 10 janji yang diikrar akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari. Hishammuddin, yang juga Anggota Parlimen Sembrong, berkata beliau akan memberikan pandangannya terhadap isu-isu kementerian selepas tamat […]

» Read more

Peguam Negara Perlu Jawab Dakwaan Lantik Firma Guaman Sendiri Urus Kes The Equaminity

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris meminta peguam negara, Tommy Thomas memberikan jawapan berhubung dakwaan beliau melantik firma guamannya sendiri untuk  menguruskan kes kapal mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan skandal 1MDB. Menurut Dr Najmil, perkara tersebut yang didedahkan oleh laman web sabahkini2.com mendakwa peguam yang terlibat dalam kes tersebut, Sitpah Selvaratnam […]

» Read more

Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Najib Tiada Kaitan 1MDB, Equanimity – Peguam

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pertuduhan pengubahan wang haram terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah hari ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Berhad Development (1MDB). Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 65, berkata kesemua pertuduhan itu juga tiada kena-mengena dengan kapal mewah ‘Equanimity’ yang dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli […]

» Read more

PRK Seri Setia, Balakong Serentak Pada 8 Sept – SPR

PUTRAJAYA, 8 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, di Selangor akan diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong pada 8 Sept depan. Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata hari penamaan calon dan hari mengundi awal juga akan berlangsung serentak iaitu masing-masing pada 18 Ogos dan 4 Sept. “Tempoh berkempen yang ditetapkan ialah 21 […]

» Read more

Najib Mengaku Tidak Bersalah Terima Wang RM42 Juta Hasil Aktiviti Haram

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas. Najib, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 1 […]

» Read more

Kereta Nasional 3 Bukti Pentadbiran Autokratik… Lebih Utama Dari Tunaikan Manifesto

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Sekiranya Pakatan Harapan (PH) gagal menyekat impian kereta Nasional 3 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bermakna mereka membenarkan pentadbiran autokratik Dr Mahathir, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. “Sekiranya Menteri PH tidak membantah cadangan pembuatan kereta Nasional 3 maka sahlah mereka takut pada Tun M, mereka takut kehilangan jawatan bahkan […]

» Read more

Hak Asasi LGBT… Bagaimana Pula Dengan Hukum Agama? – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Wanita UMNO menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil tindakan yang pantas dan tegas bagi menghalang kempen menghalalkan gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) dalam negara ini kerana Islam merupakan agama rasmi Malaysia dan LGBT adalah haram di sisi Islam. Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata demikian merujuk kenyataan aktivis Marina Tun Mahathir beberapa […]

» Read more

Najib Didakwa Terima Wang RM42 Juta Hasil Aktiviti Haram

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang mana wang itu milik SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib, 65, selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan […]

» Read more

Dap, Kit Siang Tak Perlu Buat Ulasan Songsang Antara UMNO dan Pas – Annuar

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pemimpin Dap, Lim Kit Siang agar tidak perlu membuat ulasan songsang berkaitan persefahaman yang berlaku antara UMNO dan Pas. Dalam hal ini beliau menerangkan berkaitan kerjasama antara parti politik yang membabitkan empat tahap berbeza. “Tahap satu, bersetuju untuk tidak berlawan, tapi terhad kepada Pilihan Raya Umum (PRU) […]

» Read more

Tiada Kabinet Bayangan Pembangkang – Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada kabinet bayangan bagi blok pembangkang, namun setiap Anggota Parlimen yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan PAS diberikan tanggungjawab memfokuskan portfolio tertentu. Pengerusi BN itu berkata, setiap Anggota Parlimen pembangkang diberi ruang untuk berbahas mengikut portfolio masing-masing yang sudah diagihkan sebelum ini. “Ini telah kami berikan kepada semua Anggota Parlimen dan tentunya sebagaimana yang kita lihat,  setiap […]

» Read more
1 2,668 2,669 2,670 2,671 2,672 2,738