Kereta Nasional 3 Bukti Pentadbiran Autokratik… Lebih Utama Dari Tunaikan Manifesto

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Sekiranya Pakatan Harapan (PH) gagal menyekat impian kereta Nasional 3 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bermakna mereka membenarkan pentadbiran autokratik Dr Mahathir, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Sekiranya Menteri PH tidak membantah cadangan pembuatan kereta Nasional 3 maka sahlah mereka takut pada Tun M, mereka takut kehilangan jawatan bahkan mereka tidak takut pada rakyat.”

Katanya, Poton telah diswastakan pada tahun 2012, hampir di’bailout’ apabila Dr Mahathir meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menyuntik RM2 bilion kepada Proton.

“Ketika itu Proton berhutang RM700 juta kepada vendors yang majoritinya Bumiputra. Jualan Proton merosot kepada 5,000 unit sebulan pada tahun 2017 berbanding 200 ribu unit sebelumnya. Bahkan kerugian Proton pada tahun 2016 ialah RM150 Juta.

“Justeru apa perlunya Proton 2.0? Kenapa tidak dipulihkan sahaja Proton 1.0? Kalau Kerajaan PH terpaksa memungkiri janji manifesto mereka atas alasan kewangan kenapa kereta Nasional 3 mahu dilaksanakan. Tidakkah itu nanti membebankan rakyat?

“Sedangkan banyak keutamaan lain perlu diselesaikan. Antaranya harga kereta lebih murah seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga (Bajet PH). Lebih baik kemudahan pengangkutan awam dimodenkan seperti meneruskan projek MRT3, ECRL dan HSR.”

Bidasnya lagi, jangan hairan jika jambatan bengkok akan dibina semula dan F1 akan kembali mengaum.

“Maka lama lagilah Dr Mahathir jadi PM. Kempunan lagikah Anwar?” – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.