Dap, Kit Siang Tak Perlu Buat Ulasan Songsang Antara UMNO dan Pas – Annuar


KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pemimpin Dap, Lim Kit Siang agar tidak perlu membuat ulasan songsang berkaitan persefahaman yang berlaku antara UMNO dan Pas.

Dalam hal ini beliau menerangkan berkaitan kerjasama antara parti politik yang membabitkan empat tahap berbeza.

“Tahap satu, bersetuju untuk tidak berlawan, tapi terhad kepada Pilihan Raya Umum (PRU) / Pilihan Raya Kecil (PRK) tertentu. Beri laluan bertanding tapi tidak/belum bersama.

“Tahap dua, bersetuju beri laluan dan memberi kerjasama satu dengan lain, tapi kerjasama masih terhad kepada isu/kes tertentu(Taawun).

“Tahap tiga, bersetuju bersama dalam satu gagasan, berkongsi jentera, pentas dan bekerjasama secara langsung, tapi dengan lambang dan manifesto sendiri,” katanya yang dipetik menerusi laman facebooknya hari ini.

Terangnya, tahap empat ialah bersetuju dalam satu muafakat antara parti berbeza dan berkongsi jentera dan menggunakan satu logo dan satu manifesto.

“Dap, PKR, PAN, PPBM berada di tahap empat … namun UMNO dan Pas di Sungai Kandis tahap satu….

“Mungkin di (PRK) Seri Setia kita cuba di tahap dua… jadi Lim Kit Siang tak perlu sibuk buat ulasan songsang, kita belum sampai tahap empat.

“YB rileks je… jangan lari,” katanya lagi. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.