Peguam Negara Perlu Jawab Dakwaan Lantik Firma Guaman Sendiri Urus Kes The Equaminity


KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris meminta peguam negara, Tommy Thomas memberikan jawapan berhubung dakwaan beliau melantik firma guamannya sendiri untuk  menguruskan kes kapal mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Menurut Dr Najmil, perkara tersebut yang didedahkan oleh laman web sabahkini2.com mendakwa peguam yang terlibat dalam kes tersebut, Sitpah Selvaratnam adalah peguam daripada firma guaman Tommy Thomas sendiri.

“Jadi saya fikir, peguam negara perlu membuat satu kenyataan berhubung perkara ini, memandangkan dakwaan tersebut jelas memperlihatkan peguam negara menyalahgunakan kuasanya dengan melantik firmanya sendiri untuk mengendalikan kes kapal mewah tersebut.

“Jika dakwaan itu tidak benar, maka peguam negara boleh bertindak menyaman laman web tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar itu. Namun, jika peguam negara terus berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan tentang dakwaan ini, ia memperlihatkan seolah-olah apa yang didakwa oleh laman web itu adalah benar,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendedahan laman web sabahkini2.com yang menyiarkan artikel mendakwa bahawa peguam negara, Tommy Thomas telah melantik firma guamannya sendiri untuk mengendalikan kes tersebut.

Tambahnya lagi, peguam negara perlu segera membuat kenyataan berhubung perkara ini memandangkan rakyat ini mengetahui cerita sebenar disebalik dakwaan tersebut.

“Ini juga melibatkan intergriti beliau sebagai peguam negara. Jika cerita ini tidak betul, fitnah, maka sudah seharusnya beliau membuat kenyataan untuk menafikan dakwaan tersebut supaya rakyat tahu cerita yang sebenar.

“Namun jika dakwaan itu benar, maka saya kira pihak berwajib perlu menjalankan siasatan terhadap beliau memandangkan dakwaan tersebut memperlihatkan beliau seolah-olah menyalahgunakan kuasanya sebagai peguam negara dengan melantik firmanya sendiri untuk mengendalikan kes kapal mewah tersebut,” tegasnya.-MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.