Petisyen Pilihan Raya: Vidyananthan Daripada BN Kekal Adun Kahang

KUALA LUMPUR, 5 Sept – R. Vidyananthan daripada MIC kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, Johor selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak petisyen pilihan raya dikemukakan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia Noorlihan Ariffin, yang mencabar keputusan pilihan raya dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) berkenaan. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membuat keputusan itu turut membenarkan permohonan Vidyananthan, […]

» Read more

Surat Edaran ‘Demonstrasi Kuburkan Undang-Undang Negara’ Kaitkan UMNO Tidak Benar

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah membidas pihak yang sengaja mahu memburukkan UMNO dengan mengaitkannya kepada Demonstrasi Kuburkan Undang-undang Negara. Dalam hal ini, beliau menafikan penglibatan UMNO dengan merujuk surat yang diviralkan berkaitan demonstrasi tersebut. “Perkara yang dinyatakan di dalam surat tersebut adalah tidak benar dan bukan di bawah kendalian UMNO Malaysia. Perkara […]

» Read more

Dr Maszlee Perlu Kotakan Janji Untuk Tidak Campuri Urusan Universiti – Dr Asraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki meminta Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Maszlee Malik untuk menotakan janji dalam tekadnya sebelum ini untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran universiti. Katanya, beliau menghormati kebolehan Dr Maszlee untuk memegang jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) namun rakyat pastinya menagih janjinya sebelum ini. “Yang membuat kami […]

» Read more

Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara Semberono, Cukup Mengelirukan

Saya merujuk kepada Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara (JPN) bertarikh 4 September 2018 yang memberikan sedikit “justifikasi” mengapa pihak JPN menggugurkan pertuduhan terhadap LGE dan PLK semalam. 2.    Kenyataan Media berkenaan di tulis oleh Dato Mohamad Hanafiah Bin Zakaria (DMH) 3.    Perenggan 3 Kenyataan Media berkenaan menyatakan bahawa  setelah DMH meneliti keterangan-keterangan yang telah di kemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan yang telah diuji […]

» Read more

Bebas Tanpa Bicara: Adakah Peguam Negara Melindungi Pemimpin Kerajaan Dan Apa Pendirian Majlis Peguam?

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Semua pihak menanti sama ada Majlis Peguam akan mengeluarkan sebarang syor atau kenyataan membantah keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah Isnin lalu yang membebaskan Lim Guan Eng dalam kes rasuah berhubung pembelian sebuah banglo ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan. “Umum mengetahui kritikan dan saranan […]

» Read more

Sampai Bila Kerajaan PH Mahu Salahkan BN Untuk Tutup Kegagalan Urus Tadbir Negara?

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Noraini Ahmad mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan (PH) cuba memindahkan kesalahan dan kegagalan mereka untuk melaksanakan janji-janji ke atas Barisan Nasional (BN) sebagaimana mereka berani berjanji tapi tidak mampu untuk menunaikannya termasuklah janji potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah seperti yang tercatat di dalam manifesto PRU 14 […]

» Read more

Penarikan Balik Kes Rasuah Guan Eng Beri Implikasi Negatif Terhadap SPRM

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penarikan balik kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memberi implikasi yang besar kepada SPRM di mana memperlihatkan seolah-olah Peguam Negara tidak mempercayai siasatan SPRM. Jelas Ahli Parlimen Bera itu, penarikan balik kes rasuah tersebut juga secara tidak langsung merupakan satu penghinaan terhadap kredibiliti agensi […]

» Read more

Selepas Lebih 100 Hari, Enam Isu Jejas Pakatan Harapan

Pakatan Harapan (PH) sudah memerintah lebih daripada 100 hari, tetapi janji-janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari banyak yang gagal dilaksana. Selain memungkiri janji, PH juga melakukan banyak tindakan kontroversi yang menunjukkan kelemahan, sikap tidak peduli dan dwistandard dalam menghukum. PH masih boleh terselamat daripada banyak akibat kesilapan dan tindakan sengaja yang menyalahi moral dan etika […]

» Read more

Tanpa Sebarang Penjelasan… Pembebasan Guan Eng Satu Malapetaka Undang-Undang 

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam yang melepaskan dan membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat terus menimbulkan pelbagai reaksi daripada pandangan pihak luar. Kali ini, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Afriz Mohd Noor turut berpandangan keputusan pembebasan itu juga secara tidak langsung telah mengheret […]

» Read more

‘KWSP : RM40 Untuk Isteri’ Jadi Topik Dalam Diskusi 100 Hari PH Tipu Malam Ini

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad bakal mengupas topik ‘KWSP : RM40 Untuk Isteri’ yang tentunya selari dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi membela nasib golongan wanita. Beliau akan melontarkan hujah dan idea berkaitan hal ini dengan mengaitkan kepada hal-hal kepentingan kaum wanita dan masyarakat umum menerusi Diskusi 100 Hari PH Tipu […]

» Read more
1 2,653 2,654 2,655 2,656 2,657 2,743