Surat Edaran ‘Demonstrasi Kuburkan Undang-Undang Negara’ Kaitkan UMNO Tidak Benar

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah membidas pihak yang sengaja mahu memburukkan UMNO dengan mengaitkannya kepada Demonstrasi Kuburkan Undang-undang Negara.

Dalam hal ini, beliau menafikan penglibatan UMNO dengan merujuk surat yang diviralkan berkaitan demonstrasi tersebut.

“Perkara yang dinyatakan di dalam surat tersebut adalah tidak benar dan bukan di bawah kendalian UMNO Malaysia. Perkara ini merupakan suatu fitnah untuk memburukkan nama baik UMNO.

“UMNO sangat kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai surat ini dan meminta rakyat tidak mempercayainya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Difahamkan, satu perhimpunan yang dinamakan Majlis Pengebumian Institusi Peguam Negara akan diadakan pada 7 Sept ini sempena kematian sifat amanah Peguam Negara, Tommy Thomas yang telah menarik pendakwaan rasuah ke atas Lim Guan Eng, Pang Li Koon, dua pendakwaan ke atas Sivarasa Rasiah dan pendakwaan terhadap Eric Poulsen – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.