PH, Jangan Jadikan Rakyat Mangsa Dek Kegagalan Sendiri

NIBONG TEBAL, 13 Okt – Pemuda UMNO secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad kerana beliau sendiri telah membuktikan manifesto kerajaannya hanyalah satu mimpi indah yang tidak mungkin tergapai. Semalam, Tun Mahathir ketika sidang medianya di Bali telah menyatakan pembinaan lebuh raya tanpa tol tidak mungkin diwujudkan dan hanya boleh dilaksanakan sekiranya harga minyak dinaikkan, […]

» Read more

Isu Banjir : Kerajaan Johor Sila Proaktif Bantu Rakyat – Pemuda Pulai

JOHOR BAHRU, 13 Okt – Pemuda UMNO Pulai menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor agar mengambil langkah proaktif membantu rakyat dalam menangani permasalahan banjir kilat yang menghantui penduduk terutama ketika musim tengkujuh ini. Justeru itu, Ketua Penerangannya, Muhammad Shaqib Shahrilnizam berharap agar kerajaan negeri menyegerakan tindakan untuk mewujudkan Pelan Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction Plan), Pelan Bandar Perubahan Iklim […]

» Read more

NGO Dakwa Laporan EIA Lebuh Raya Pan-Island Link 1 Pulau Pinang Cacat

GEORGE TOWN, 12 Okt – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendakwa Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) komprehensif setebal 1,200 muka surat bagi projek Lebuh Raya Pan-Island Link 1 (PIL1) yang dibina berdasarkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), mengandungi kecacatan. Penang Forum, sebuah gabungan kumpulan masyarakat sivil berkaitan kepentingan awam telah menubuhkan satu pasukan terdiri daripada 31 […]

» Read more

Fitnah Terima Dana Dari UMNO, PAS Sedia Disiasat SPRM – Hadi

MARANG, 12 Okt – PAS menegaskan bahawa dakwaan kononnya ada pemindahan dana berjumlah RM2.5 juta daripada UMNO kepada parti itu hanyalah satu fitnah yang bertujuan memburuk-burukkannya. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS berulang kali menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung perkara itu bagi memastikan parti itu bersih daripada sebarang anasir yang tidak baik. “Isu dana dah jawab acap kali […]

» Read more

Beberapa Perkara Dalam Kempen Anwar Tidak Sepatutnya Berlaku – ERC

PORT DICKSON, 12 Okt – Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) berpendapat beberapa perkara dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya berlaku. Pengerusi jawatankuasa itu,Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata antara perkara itu adalah majlis jamuan percuma, menteri berkempen dengan membuat janji serta kehadiran […]

» Read more

Hikayat Hapus Tol, Pekikkah Lagi Puchong Dan Simpang Renggam?

KUALA LUMPUR, 12 Okt – “Bukan main memekik Puchong dan Simpang Renggam sampai buat video dan poster berjuta-juta orang ‘like’ dan tonton. Hari ini, apa cerita?”, soal bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sinis Najib dalam catatan di ‘facebook’nya itu secara jelas merujuk kepada tindakan calon Pakatan Harapan (PH) ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu bagi kawasan […]

» Read more

Kenyataan Lebuh Raya Tanpa Tol Di Malaysia Mustahil Mungkir Janji Terbesar Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) di Bali bahawa lebuh raya tanpa tol di Malaysia sesuatu yang mustahil, adalah antara mungkir janji terbesar dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Tegasnya, biarpun Tun M mendakwa cuba menghalang perkara itu dimasukkan sebagai manifesto PH, ia tidak […]

» Read more

Kemenangan Ahli Parlimen Jasin, Sah, Kekal

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kemenangan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah dari Barisan Nasional (BN) adalah sah dan kekal. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali selepas mendapati calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak mematuhi kehendak petisyen […]

» Read more

Kutipan Zakat Bantu Golongan Asnaf Keluar Kemiskinan – Tengku Abdullah

KUANTAN, 12 Okt – Kutipan zakat di negeri ini bukan hanya melambangkan keadilan pengagihan kekayaan yang ditetapkan Allah, tetapi juga membantu asnaf keluar dari kepompong kemiskinan. Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah program pembangunan usahawan asnaf fakir dan miskin bukan sekadar menghulur bantuan, tetapi juga melibatkan pemberian bantuan modal, latihan serta peralatan. “Ia (menjadi usahawan) menjadi jalan […]

» Read more

Zahid Harap Proses Beri Keterangan Kepada SPRM Selesai Hari Ini

PUTRAJAYA, 12 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap proses memberi keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berhubung dakwaan kes penyelewengan dana sebuah yayasan dapat diselesaikan hari ini. “Saya harap begitulah,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita sama ada proses mengambil keterangannya akan selesai sepenuhnya pada hari ini. Ahmad Zahid hadir di SPRM berkenaan selama […]

» Read more
1 2,628 2,629 2,630 2,631 2,632 2,751