Bajet 2019 PH Mengecewakan, Hanya ‘Copy N Paste’ Kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Bajet pertama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) merupakan bajet yang mengecewakan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Katanya, ia hanya bajet yg “biasa-biasa” saja malah lebih bersifat ‘copy n paste’ kerajaan Barisan Nasional (BN). “Harapan utk melihat satu anjakan falsafah pengurusan kewangan negara yang bersifat reformist […]

» Read more

Belanjawan 2019 Bukti Kerajaan PH Gagal Tunai Janji

KUALA LUMPUR, 2 Nov – “Secara jujur saya ingin sebut bahawa beberapa perkara yang dibentangkan adalah baik kepada PTPTN, namun sebagai sebuah kerajaan yang telah berjanji kepada rakyat sudah jelas Bajet 2019 mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan apa yang dijanjikannya.” Demikian ulas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Annuar Nasarah yang juga mantan pengerusi PTPTN berkaitan pembentangan […]

» Read more

Belanjawan 2019 Untuk Popularkan Kerajaan, Untuk Kerajaan Dan Bukan Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini secara umumnya adalah belanjawan yang diubahsuai daripada kerajaan terdahulu di mana asasnya  sudah tersedia tetapi tidak ada yang menarik untuk rakyat secara keseluruhan. Jelas beliau belanjawan tersebut juga hanyalah belanjawan untuk mempopularkan kerajaan, untuk kerajaan […]

» Read more

Bajet 2019 Tidak Banyak Titik Sentuhan Untuk Rakyat, Berbeza Dengan Inisitif Ekonomi Rakyat BN

  KUALA LUMPUR, 2 Nov – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan Belanjawan 2019 yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini bukan sahaja tidak banyak titik sentuhan untuk rakyat malah jauh berbeza dengan dokumen Inisiatif Ekonomi Rakyat Barisan Nasional (BN). Menurut beliau inisiatif ekonomi rakyat yang diumumkan semalam umumnya menyentuh semua segmen malah tidak ada satu golongan pun […]

» Read more

Tiada Kelainan… Pembangkang Tolak Belanjawan 2019 – Ahmad Zahid

  KUALA LUMPUR, 2 Nov – Parti pembangkang menolak pembentangan Belanjawan 2019 yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada kelainan yang besar yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2019 tersebut. “Kita dapati tidak ada kelainan yang besar yang telah dibentangkan malah tidak ada pun […]

» Read more

Bicara Bajet 2019, ‘Live’ Diskusi Dari Parlimen Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 2 Nov – UMNO Online akan bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini melalui program Diskusi Dari Parlimen yang membawa tajuk ‘Bicara Bajet 2019’, yang akan dikupas oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abd Rahman Dahlan. Diskusi yang dihoskan oleh Datuk Dr Azizan Abd Majid akan membincangkan mengenai Bajet 2019, buat pertama kalinya dibentang oleh kerajaan […]

» Read more

Mampukah Bajet 2019 Dipercayai, Sedangkan Manifesto Pun Tak Ditunai – Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membentangkan Bajet 2019 di Dewan Rakyat buat julung kali setelah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negara. “Semua pihak menunggu dengan penuh debaran dan harapan tentang Bajet 2019,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Twitternya hari ini. Katanya, persoalannya sama […]

» Read more

ICERD ‘Jerat’ Hak Keistimewaan Orang Melayu, Bumiputera

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Percubaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan menjerat negara pada terma-terma yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan terutama melibatkan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, isu ICERD tidak perlu diketengahkan kerana komitmen Malaysia mengekang elemen diskriminasi selama ini menjadikannya dicontohi dunia daripada […]

» Read more

Tidak Adil Hukum Dan Salahkan UMNO Tentang Isu 1MDB

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Adalah tidak adil, wajar dan munasabah untuk mana-mana pihak terus menerus menyalah dan melibatkan UMNO dengan perkara yang tidak diketahui dan tidak berpunca atau dilakukan olehnya, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung dengan isu 1MDB. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua pihak agar bersikap matang, terbuka dan berlaku adil terhadap UMNO. “UMNO […]

» Read more

Masuk PH Mesti Bebas Rasuah, Patutnya Bebaskan Dulu PH Dari Perasuah

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa tidak akan sewenang-wenangnya menerima kemasukan ahli Parlimen UMNO yang dikatakan melompat parti ke dalam Bersatu. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan agar ahli Parlimen UMNO disaring terlebih dahulu sebelum diluluskan […]

» Read more
1 2,612 2,613 2,614 2,615 2,616 2,754