Bajet 2019 PH Mengecewakan, Hanya ‘Copy N Paste’ Kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Bajet pertama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) merupakan bajet yang mengecewakan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, ia hanya bajet yg “biasa-biasa” saja malah lebih bersifat ‘copy n paste’ kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Harapan utk melihat satu anjakan falsafah pengurusan kewangan negara yang bersifat reformist hampir tidak kelihatan, malah ternyata PH tidak dapat mengekalkan apa lagi memintas prestasi kerajaan terdahulu,” katanya yang mengulas berkaitan bajet tersebut.

Terangnya, defisit kembali membengkak kpd 3.7%(3%),pertumbuhan KDNK membantut kpd 4.7%(5.6%)..ini bermakna pengangguran akan meningkat dan pelaburan langsung akan turut menurun.

“Lebih mendukacitakan belanjawan ini mengesahkan kerajaan PH tidak berupaya melaksanakan manifesto mereka!

“Penghapusan GST ternyata tidak memberi apa-apa kebaikan kepada pengguna kerana bukan saja harga tidak turun, tetapi juga rakyat kehilangan pelbagai bantuan dari kerajaan terdahulu, dan ramai yang hilang pekerjaan

“Secara keseluruhan belanjawan ini menjurus kepada penguncupan ekonomi dan risiko terdedah kepada impak geo politik dan ‘trade war’ adalah besar bagi negara.”

Tegasnya, golongan miskin di luar bandar tidak mendapat apa apa insentif baru.

“Pembangunan Islam juga tidak mendapat lonjakan baru… hanya biasa-biasa saja.

“Ternyata harapan hanya tinggal harapan…,” tambahnya yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.