Bicara Bajet 2019, ‘Live’ Diskusi Dari Parlimen Jam 9 Malam Ini


KUALA LUMPUR, 2 Nov – UMNO Online akan bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini melalui program Diskusi Dari Parlimen yang membawa tajuk ‘Bicara Bajet 2019’, yang akan dikupas oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abd Rahman Dahlan.

Diskusi yang dihoskan oleh Datuk Dr Azizan Abd Majid akan membincangkan mengenai Bajet 2019, buat pertama kalinya dibentang oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kepada orang ramai yang ingin mengikuti siaran langsung ini, bolehlah melayari laman facebook rasmi UMNO Online untuk mendengar pandangan dan komentar beliau mengenai topik perbincangan tersebut. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.