Keluhan Demi Keluhan Rakyat, Kerajaan PH Perlu Segera Cari Jalan Penyelesaian – Sharkar

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin mengingatkan kerajaan pusat agar segera mencari jalan penyelesaian terhadap keluhan demi keluhan oleh rakyat pelbagai peringkat kerana mereka hari ini cukup terhimpit dengan apa yang berlaku. Menurut beliau suasana yang sama sekali berubah antara sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dan selepas negara diterajui oleh […]

» Read more

Jangan Nafikan Sumbangan BN Bantu Rakyat Dan Orang Asli

JELAI, 23 Jan – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman hairan melihat sikap segelintir pihak di negara ini seolah-olah menafikan serta tidak tahu apakah sumbangan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan rakyat termasuklah masyarakat Orang Asli. Justeru menurutnya jika pihak tersebut masih meragui, sewajarnya mereka mempunyai pilihan merujuk perkara sedemikian daripada pakar-pakar yang berkaitan serta […]

» Read more

Terharu Terima Kehadiran Calon BN

Tanah Rata, 22 Januari — Veteran UMNO, Zainab Sam, 83, begitu terharu menerima kehadiran calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor yang bertandang ke rumah beliau ketika tinjauan mesra rumah ke rumah dalam kempen Pilihan Raya Kecil P078 Cameron Highlands di Kampung Taman Sedia di sini petang ini. Turut bersama Setiausaha Barisan Nasional Pahang, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar dan Mantan […]

» Read more

Semangat Yang Tidak Pernah Luntur

Tanah Rata, 22 Januari — Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor mendengar penerangan daripada Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang memeriksa tahap kesihatan jentera kanan parti, Azizi Ahmad, 51, ketika tinjauan mesra rumah ke rumah sempena kempen Pilihan Raya Kecil P078 Cameron Highlands di Kampung Taman Sedia di sini petang ini. Turut bersama Setiausaha Barisan […]

» Read more

Terpancar Kegembiraan Buat Pengundi

Tanah Rata, 22 Januari — Jelas tergambar kemesraan yang ikhlas antara calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor dan penduduk setempat yang menerima kehadiran beliau ke tempat mereka ketika tinjauan mesra rumah ke rumah dalam kempen Pilihan Raya Kecil P078 Cameron Highlands di Kampung Taman Sedia di sini petang ini. Turut bersama Setiausaha Barisan Nasional Pahang, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar […]

» Read more

Guan Eng Tidak Profesional, Buat Kenyataan Politik Guna Saluran Kerajaan

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng apabila menggunakan saluran rasmi kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan yang dilihat bermotifkan politik seolah-olah ‘memperlekehkan’ kewangan Kerajaan Negeri Pahang. Katanya, apa yang dilakukan Guan Eng itu sangat jelas bermotifkan politik menjelang hari pengundiaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada Sabtu ini. “Kenyataan media […]

» Read more

PRK Cameron Highlands: Jangan Takut Keluar Mengundi – Polis

TANAH RATA, 22 Jan – Polis menasihati pengundi supaya keluar awal dan yakin keselamatan mereka terjamin sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Sabtu ini. Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis akan mengawal setiap perjalanan PRK, termasuk lalu lintas, agar para pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan selesa dan lancar. “Saya nasihatkan semua […]

» Read more

Janji Manifesto Pun Tidak Tertunai, Ini Mahu Tabur Janji Baru Pula – Tuan Ibrahim

TANAH RATA, 21 Jan – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada janji daripada Pakatan Harapan (PH) yang boleh dipercayai kerana janji dalam manifesto pun sehingga kini tidak tertunai. Oleh kerana itu jelas beliau, kepimpinan Pas telah mengarahkan semua jentera parti Pas untuk turun berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bagi memastikan kemenangan calon Barisan […]

» Read more

SPR Diharap Segera Buat Siasatan Dan Tindakan Terhadap Salahlaku Dalam PRK Cameron Highlands

TANAH RATA, 21 Jan – Menteri Besar Pahang,  Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan segera melakukan siasatan dalam segala aduan yang dibuat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini. Jelas beliau, rakyat sedang menunggu apakah keputusan SPR terhadap beberapa isu yang telah dikemukakan kepada SPR untuk tindakan lanjut. “Rakyat sekarang ini bijak, mereka akan […]

» Read more
1 256 257 258 259 260 268