Mempengerusikan Mesyuarat

CAMERON HIGHLANDS, 23 Mei — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 di Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands hari ini.–fotoBERNAMA

» Read more

Angkat Sumpah

Kuala Lumpur, 22 Mei–Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah kerahsiaan parti setelah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang baharu pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC petang ini. Turut kelihatan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sri Ab Rauf Yusoh. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Beramah Mesra Dengan Bekas Menteri Besar

PEKAN, 15 Mei — Menteri Besar Pahang yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) beramah mesra dengan bekas Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob selepas Istiadat pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar hari ini.–fotoBERNAMA.

» Read more

Menyampaikan Watikah Pelantikan

PEKAN, 15 Mei — Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan watikah pelantikan kepada wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jelai (DUN) Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu pada Istiadat pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar hari […]

» Read more
1 266 267 268