Chaya Mahu Menang Di DUN Baharu Kukusan, Tekad Bawa Pembangunan

  TAWAU, 14 Sept. – Calon tunggal Wanita UMNO, Chaya Sulaiman yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu N70 Kukusan berharap akan menang serta mencipta sejarah sebagai wakil rakyat wanita pertama di DUN tersebut. Beliau yakin, dengan kesungguhan dan gerak kerja parti maka tentunya BN akan menang di DUN terbabit. “Alhamdulillah saya telah diberi […]

» Read more

‘Kita Ubah Balik’ Semarak Di Sepanggar

SEPANGGAR, 12 Sept – Lebih 100 penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul dan mengiringi calon BN, Datuk Yaakub Khan yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai serta Datuk Jumat Idris di DUN Darau bersama dengan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan. Walaupun penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) tertakluk kepada SOP yang ditetapkan, masing-masing seawal 7.30 pagi […]

» Read more

Pemilihan Calon Mengikut Acuan Suara Rakyat, Boleh Menang – Norliza

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata pemilihan calon parti bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah yang terbaik di dalam kalangan yang terbaik. Ujarnya, sudah tentu calon yang dipilih itu mengikut acuan pengundi Sabah dan calon boleh menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. “Tahniah […]

» Read more

Pindaan Akta Wajar, Namun Kuatkuasakan Undang-Undang Yang Sedia Ada – Norshida

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Cadangan beberapa pihak agar kerajaan meminda Akta Industri Perkhidmatan Air & Akta Kualiti Alam Sekeliling untuk memperuntukkan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang mencemarkan sumber air adalah sesuatu yang wajar. Namun pada masa yang sama bagi Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim penguatkuasaan akta serta undang-undang sedia ada perlu diperbaiki daripada beberapa sudut termasuk […]

» Read more

BN Sabah Tambah Mantap… Radu Tatap Radu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Sept. – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan BN Sabah bertambah mantap. Katanya, selama dua hari berada di Sabah, beliau telah dapat berjumpa dengan kesemua 25 pimpinan bahagian dan pengerusi-pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sana. “Semangat mereka tinggi biarpun diterjah dengan pelbagai serangan. ‘Radu Tatap Radu’,” katanya dalam […]

» Read more

PRN Sabah: Ketepikan Perbezaan Pendapat, Laksana Kerja Berpasukan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak agar ketepikan perbezaan pendapat untuk melaksanakan kerja berpasukan menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Katanya, pilihan raya ini adalah peluang kepada UMNO/BN untuk terus memperjuangkan nasib rakyat. “Ketepikan perbezaan pendapat, noktahkan segala perbalahan, kerja kuat dan laksanakan semangat berpasukan […]

» Read more

Pelancaran Jentera Barisan Nasional Sabah

KOTA KINABALU  31 Ogos — Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyanyikan lagu sempena menyambut Hari Kemerdekaan  pada Perasmian Kursus Wanita UMNO Sabah dan Pelancaran Jentera Wanita BN Sabah di sini hari ini. Turut hadir Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabag Datuk Seri Bung Moktar Radin dan […]

» Read more

Tema Malaysia Prihatin Gambaran Sebenar Keprihatinan Kerajaan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, hari Kebangsaan ke-63 kali ini benar-benar memberi makna dan bersesuaian dengan temanya iaitu ‘Malaysia Prihatin’. Justeru jelas beliau, beberapa penambahbaikkan boleh dilakukan bagi terus membantu meringankan beban rakyat khususnya kaum wanita ketika negara masih dibelengu dengan pandemik COVID-19. “Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara telah memberi […]

» Read more

Tahniah… Pengundi PRK DUN Slim Terpuji dan Sangat Luar Biasa

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang memilih YB Mohd Zaidi Aziz , calon Barisan Nasional (BN) bagi mewakili suara rakyat Slim. Katanya, menerusi majoriti 10,945 undi, keputusan PRK DUN Slim telah membuktikan tanggungjawab dan kesedaran pengundi sangat terpuji dan […]

» Read more
1 205 206 207 208 209 315