Tahniah… Pengundi PRK DUN Slim Terpuji dan Sangat Luar Biasa

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang memilih YB Mohd Zaidi Aziz , calon Barisan Nasional (BN) bagi mewakili suara rakyat Slim.

Katanya, menerusi majoriti 10,945 undi, keputusan PRK DUN Slim telah membuktikan tanggungjawab dan kesedaran pengundi sangat terpuji dan luar biasa.

“Saya percaya YB baharu kita tidak akan meminggirkan sesiapa pun dalam DUN Slim kerana slogan keramat BN sendiri menjaga rakyat.

“BN tidak pernah meminggirkan sesiapa pun kerana BN termasuk jentera wanita sejak dahulu lagi sentiasa dekat dan berhubung di hati rakyat dan pengundi.

“Tahniah juga kepada jentera BN terutama Wanita UMNO dan BN yang tidak pernah kenal erti penat serta sentiasa menggunakan pendekatan  menyantuni dan mesra pengundi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ujarnya, kemenangan berterusan ini pastinya menguatkan perjuangan kita untuk Pilihan Raya Negeri Sabah dan Pilihan Raya Umum Ke-15 bersama-sama dengan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya yakin kesedaran rakyat terhadap BN semakin memuncak dan diyakini bagi masa depan rakyat dan negara,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.