Kerjasama Perlukan Keikhlasan, Bukan Tikam Belakang – Salbiah

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Kerjasama dalam parti politik memerlukan keikhlasan tanpa ada istilah cemburu antara satu sama lain, kata pembahas Usul Wanita UMNO bagi Negeri Perak, Salbiah Mohamed. Menurutnya, keikhlasan itu di antara sebab untuk UMNO hanya meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Kerana ciri-ciri kerjasama antaranya mesti ada keikhlasan tapi mereka tidak ikhlas […]

» Read more

Persidangan Secara Maya Tak Luntur Semangat Perjuangan Perwakilan Di Bahagian

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang bermula hari ini mencatat sejarah tersendiri kerana pertama kalinya diadakan secara kombinasi bersemuka dan maya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC), Kuala Lumpur dan secara maya di 190 UMNO bahagian di seluruh negara. Biarpun di luar daripada kelaziman, namun penghayatan untuk meneruskan semangat perjuangan kepada agama, bangsa […]

» Read more

PRU14 Saksi Politik Jijik Dan Fitnah Pembangkang Jatuhkan BN – Engku Naimah

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Wakil penyokong jurucakap Usul Wanita UMNO, Engku Naimah Engku Taib berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu menyaksikan berlakunya kebangkitan ‘luar biasa’ kalangan rakyat. Katanya, kebangkitan daripada pengundi dari kalangan silent voters itu telah meranapkan penguasaan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negara sejak 61 tahun yang lalu. “Secara umumnya, dapatan dan perbincangan kajian […]

» Read more

COVID-19 Malapetaka Ekonomi, PAU 2020 Medan Terbaik Kembalikan Kestabilan Negara – Norliza

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim mengharapkan Perhimpunan Agung UMNO 2020 ini menjadi medan terbaik untuk mendapatkan kaedah tuntas demi mengembalikan kestabilan ekonomi negara yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19. Jelas beliau, wabak ini suatu ujian yang amat berat kerana situasi ini turut memberi kesan besar kepada rakyat terutama apabila membabitkan […]

» Read more

PAU 2020 Nafas Baharu Perjuangkan Masa Depan Agama, Bangsa Dan Negara

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Wanita UMNO Bahagian Shah Alam berharap Perhimpunan Agung 2020 ini memberikan nafas baharu buat parti bagi memperjuangkan masa depan agama, bangsa dan negara. Ketuanya, Jumaeah Masdi berkata perhimpunan ini adalah sebagai satu ketetapan pengukuhan parti lebih-lebih lagi bagi memantapkan akar umbi sebagai penentu masa depan parti. “Bagi Wanita UMNO Bahagian Shah Alam, kami menunggu-nunggu untuk […]

» Read more

Raptai PAU 2020 Secara Maya Seluruh Negara Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Hari ini telah berlangsungnya raptai Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang turut melibatkan 190 UMNO Bahagian-bahagian secara maya seluruh negara. Raptai perasmian tersebut dilakukan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) serta dipancarkan secara maya kepada kesemua bahagian […]

» Read more

PAU 2020: Kenal Pasti Dasar Terbaik, Bawa Kebaikan Kepada Parti Dan Rakyat – Norliza

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim mengharapkan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang bakal diadakan hujung minggu ini dapat dijadikan platform terbaik untuk mengenal pasti dasar dan pendirian parti. Katanya, perhimpunan terbesar bagi orang Melayu ini merupakan simbolik kepada hala tuju UMNO bagi memberikan semangat perjuangan baharu kepada ahli parti demi kepentingan […]

» Read more

PAU 2020 Platform Terbaik Depani Cabaran, Jauhi ‘Politik Sate’ Rugikan Parti

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berpandangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini bukan sahaja satu pengalaman baru kepada seluruh ahli parti malah satu perkara yang cukup penting untuk masa depan parti yang merangkumi pendokong dan penyokong serta seluruh pimpinan pelbagai peringkat. Menurut beliau ianya merupakan perhimpunan […]

» Read more

PAU 2020: Raptai Dalam Dewan Merdeka Lancar, Kekal Patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Raptai penuh bagi perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berjalan lancar di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC). Bermula jam 11.00 pagi tadi di bawah pemantauan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali […]

» Read more
1 199 200 201 202 203 315