Persidangan Secara Maya Tak Luntur Semangat Perjuangan Perwakilan Di Bahagian

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang bermula hari ini mencatat sejarah tersendiri kerana pertama kalinya diadakan secara kombinasi bersemuka dan maya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC), Kuala Lumpur dan secara maya di 190 UMNO bahagian di seluruh negara.

Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya

Biarpun di luar daripada kelaziman, namun penghayatan untuk meneruskan semangat perjuangan kepada agama, bangsa dan negara tetap diteruskan oleh para perwakilan.

Kebiasaannya, suasana perhimpunan besar umat Melayu yang lazim diadakan dalam satu persidangan di PWTC berubah lantaran pandemkc COVID-19 masih menular.

Biarpun bukan berada di dalam dewan besar sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, namun perhimpunan secara maya hari ini tetap membangkitkan semangat anggota perwakilan yang secara jelas turut mematuhi arahan serta peraturan yang telah ditetapkan.

Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Ampang

Walaupun hanya mengikuti ucapan menerusi talian tetapi anggota perwakilan ternyata tidak berganjak menghayati ucapan perasmian Timbalan Presiden. Ucapan dan seterusnya ucapan dasar dari pimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Para perwakilan yang hadir ke persidangan di PWTC kali ini amat terhad sebagai langkah bagi mengelakkan kesesakan dan orang ramai berkumpul agar persidangan dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Persidangan hari ini bermula ucapan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyempurnakan majlis perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bertempat di Dewan Merdeka.

Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri Pasir Gudang

Seterusnya, ketiga-tiga sayap UMNO akan melaksanakn persidangannya secara berasingan dengan Wanita di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn sementara Puteri di Dewan Merdeka.

PAU 2020 telah dua kali tertangguh kerana penularan wabak pandemik COVID-19.

Terdahulu MKT menetapkan tarikh pada 26 hingga 31 Oktober 2020 yang kemudiannya pada 31 Januari 2021 tetapi terpaksa juga ditangguhkan ekoran Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.