PRU14 Saksi Politik Jijik Dan Fitnah Pembangkang Jatuhkan BN – Engku Naimah

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Wakil penyokong jurucakap Usul Wanita UMNO, Engku Naimah Engku Taib berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu menyaksikan berlakunya kebangkitan ‘luar biasa’ kalangan rakyat.

Katanya, kebangkitan daripada pengundi dari kalangan silent voters itu telah meranapkan penguasaan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negara sejak 61 tahun yang lalu.

“Secara umumnya, dapatan dan perbincangan kajian PRU14 itu menunjukkan BN telah mentadbir negara dengan cemerlang.

“Serta membawa kemajuan negara serta membela seluruh lapisan rakyat.

“Namun semenjak beberapa PRU sebelumnya, rakyat telah ditanam perasaan benci kepada kerajaan BN dan usaha berterusan bertekad untuk menjatuhkan BN,” katanya ketika berbahas pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO, di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Besut berkata lebih mengecewakan lagi apabila ada bekas ahli UMNO telah belot dan mengkhianati UMNO serta besekongkol dengan pembangkang membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Melayu telah berpecah lagi, PRU14 merupakan pilihan raya yang paling kotor dan jijik kerana pembangkang telah berkomplot melancarkan serangan fitnah berterusan kepada bull eye pemimpin utama BN.

“Justeru keputusan PRU tersebut telah membuktikan bahawa dalam politik ini ibarat ‘air dicampur gula tidak semestinya manis’. Adakalanya tawar, adakalanya masin, adakalanya pahit dan ada kalanya pedas.

“Adakalanya amat pedih dan mengecewakan. Akhirnya, jelas tiada yang mustahil dalam politik,” tegasnya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.