Belanjawan 2021: Benarkan Pengeluaran Secara ‘One Off’

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Pemuda UMNO Negeri Sembilan percaya masih ada ruang untuk diperbaiki dalam konteks pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun hari ini Belanjawan 2021 dilihat tertumpu kepada memberi fokus kepada pemulihan ekonomi di dalam suasana pandemik. Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata ketika ianya tertumpu kepada kebajikan rakyat terutamanya […]

» Read more

COVID-19: Tempahan Awal Vaksin Selepas Dapat Kelulusan KKM – Khairy

SEREMBAN, 7 Nov – Kerajaan akan mula membuat tempahan awal vaksin COVID-19 menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion dalam Belanjawan 2021, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. Beliau berkata pihaknya yakin peruntukan itu mencukupi bagi membuat tempahan awal vaksin berkenaan yang dianggarkan diperoleh suku pertama tahun depan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Kita akan mula buat […]

» Read more

PM Ajak Semua Ahli Politik Sokong Belanjawan 2021 Demi Kepentingan Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Perdana Menteri mengajak semua Ahli Parlimen mengetepikan perbezaan politik bagi menyokong Belanjawan 2021 kerana pelbagai peruntukan disediakan dalam menghadapi COVID-19 demi kepentingan rakyat dan memulihkan ekonomi negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli Parlimen untuk membolehkan belanjawan yang akan dibentang pada 6 Nov itu diluluskan dengan sokongan Ahli […]

» Read more

Bantuan Kewangan Tambahan, Pulihkan Ekonomi Dengan Haja Tuju Yang Jelas Dan Dinamik – Mohamad

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kerajaan akan mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan kepada golongan B40 dan M40 yang semakin terbeban, terutamanya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pakej rangsangan ekonomi negara sebelum ini terbukti berjaya meringankan beban rakyat dan […]

» Read more

Keputusan MKT Tepat, Junjung Titah Tuanku Dan Letakkan Rakyat Di Depan – Zaidy

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Pemuda UMNO Negeri Sembilan menyambut baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam untuk terus bersama dengan Kerajaan Perikatan Nasional dan menolak sebarang kerjasama dengan Dap serta PKR. Ketuanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata keputusan tersebut merupakan satu keputusan yang tepat dan mengambil kira pandangan serta sentimen daripada ahli akar umbi yang sekaligus jelas […]

» Read more

PKPB Di Selangor, KL Dan Putrajaya Dilanjutkan Dua Minggu Sehingga 9 Nov

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadual tamat esok, dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 Nov ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, selepas meneliti perkembangan semasa penularan COVID-19 di Lembah Klang. […]

» Read more

COVID-19: 823 Kes Baharu, Lapan Kematian

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Kes baharu positif COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lepas kembali kepada tiga angka pada 823 kes, selain merekodkan lapan kematian baharu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 26,565 kes dengan kes aktif sebanyak 9,202. Beliau berkata kesemua […]

» Read more

Raja-Raja Melayu Tiba Di Istana Negara Hadiri Perbincangan Khas

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara hari ini, bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di sini. Perbincangan khas yang dijadualkan pada 2.30 petang itu, dijangka bagi meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan. Kenderaan rasmi membawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan […]

» Read more

Agong Mahu Ahli Politik Bermuhasabah, Tidak Ulangi Kancah Politik Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati semua rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka memberi ingatan itu kerana negara masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan […]

» Read more
1 106 107 108 109 110 166