PKPD Di Blok Transit Penjara Jelebu Dilanjutkan Hingga 7 Feb – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Blok Transit (Blok Muhasabah) di Penjara Jelebu, Negeri Sembilan yang tamat esok (24 Jan) dilanjutkan hingga 7 Feb depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di kawasan lain di Penjara Jelebu dan kuarters kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan tamat esok seperti dijadualkan. “Kementerian Kesihatan […]

» Read more

COVID-19: 18 Kematian Terbaru, Kes Kematian Harian Tertinggi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Wabak COVID-19 di Malaysia meragut 18 lagi nyawa hari ini iaitu jumlah kematian tertinggi dilaporkan dalam sehari manakala 3,631 kes baharu dan 2,554 kes sembuh direkodkan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan terbaharu ini menjadikan kes kematian akibat pandemik maut itu sehingga kini ialah 660, sementara kumulatif kes baharu 176,180 […]

» Read more

Saarani Rayu Rakyat Kekal Patuh SOP… Kekang Penularan COVID-19

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berharap rakyat akan kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19. Ujarnya, kerjasama yang diberikan ini amat penting agar rantaian pandemik ini dapat diputuskan sekaligus memberikan peluang untuk rakyat menjalani kehidupan normal seperti sebelum ini. “Saya merayu kepada semua supaya kita patuhi SOP […]

» Read more

Seluruh Negara Di Bawah PKP Kecuali Sarawak – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Seluruh negara, kecuali Sarawak, akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Jan ini hingga 4 Feb depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif COVID-19 […]

» Read more

Malaysia Catat Kes Kematian COVID-19 Berturut-Turut, Tujuh Dilapor Hari Ini

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Malaysia terus merekodkan kes kematian akibat COVID-19 lebih dua minggu berturut-turut sejak 1 Jan lepas, dengan tujuh kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini, sebanyak 601 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tujuh kes kematian terbaharu itu melibatkan tiga pesakit di Selangor, dua di Johor […]

» Read more

Hospital Bersepadu MAEPS Mula Beroperasi 24 Jan Depan – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum mereka dihantar mendapatkan rawatan rapi ke hospital. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata strategi itu bertujuan merawat kes-kes pesakit COVID-19 dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah […]

» Read more

COVID-19 : 4,029 Kes Baharu, Angka HarianTertinggi Setakat Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Malaysia mencatat 4,029 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, angka harian tertinggi sepanjang pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata jumlah itu melibatkan 4,021 kes tempatan dan lapan kes import sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095. “Bagi kes penularan dalam negara, 2,711 kes melibatkan warganegara Malaysia manakala […]

» Read more

Rapatkan Jurang Digital Supaya Tiada Pelajar Tercicir Dari Pembelajaran

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Pemuda UMNO Negeri Sembilan berpandangan selain ekonomi serta kewangan rakyat, kerajaan hari ini juga disaran agar memberi tumpuan kepada pembelajaran anak-anak-anak yang terjejas kerana cuti yang terlalu lama dan kali ini terpaksa ditangguhkan lagi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan beberapa hari yang lalu. Ketuanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata bagi mengatasi masalah […]

» Read more

COVID-19: Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi 3,337 Kes – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi positif COVID-19 apabila 3,337 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini meningkat kepada 33,989 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, tujuh daripadanya adalah kes import manakala selebihnya, 3,330 kes melibatkan penularan tempatan. “Kes jangkitan baharu […]

» Read more

PKP: Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Dengan Had Waktu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Sebahagian aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula pada 12.01 tengah malam ini dengan waktu operasi antara 6 pagi hingga 8 malam, kecuali bagi aktiviti tertentu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk restoran, kedai makan, penjaja tepi jalan dan beredar serta medan selera namun tidak […]

» Read more
1 104 105 106 107 108 168