Keputusan UMNO Pertimbang Sokongan Dengan PN Amat Wajar – Zaidy

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata keputusan Biro Politik UMNO untuk mempertimbangkan semula kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan satu keputusan yang amat wajar. Katanya, walaupun keputusan ini pahit untuk diluahkan, tetapi ia perlu dibuat demi maruah parti dan rakyat secara keseluruhannya. “Memang wajarlah keputusan Biro Politik UMNO […]

» Read more

COVID-19: Malaysia Rekod 489 Kes Baharu, Dua Kluster Baharu Dikesan – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini menurun berbanding semalam namun tetap merekodkan tiga angka dengan mencatatkan 489 kes dan kemunculan dua kluster baharu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, 487 merupakan penularan tempatan dan dua lagi merupakan kes import. “Daripada 487 kes penularan […]

» Read more

Malaysia Rekod 691 Kes Baharu, Tertinggi Sejak COVID-19 Melanda Negara

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 691 kes, iaitu angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara dengan merekodkan empat kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selaras dengan peningkatan mendadak itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga kini meningkat kepada 2,936. Perkembangan terkini itu menyaksikan jumlah […]

» Read more

Wanita Perlu Dilibatkan Sepenuhnya Dalam Politik, Pembuat Dasar Negara

SEREMBAN, 30 Sept – Golongan wanita perlu dilibatkan dalam politik dan peringkat membuat keputusan serta dasar negara sepenuhnya demi menjamin kestabilan sosial sekaligus menuju ke arah negara maju yang seimbang. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata negara tidak boleh membazirkan sumber tenaga dan pemikiran wanita yang merupakan aset ekonomi yang penting. “Ini bukan soal politik jantina […]

» Read more

Bersahabat Dan Berpolitik…. Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 banyak mengajar UMNO dan Barisan Nasional mengenai erti persahabatan. Ketika kita berkuasa, semua mengaku kawan, bila kita tewas batang hidung pun tak nampak. Namun, kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang masih kekal bersama parti tetap setia. Kekal bersama demi prinsip untuk mempertahankan perjuangan walaupun sedih melihat rakan sendiri meninggalkan parti hanya kerana mahu kekal berkuasa. […]

» Read more

PKPDP Zon Melor Di Amanjaya, Kedah Tamat Hari Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (PKPDP) di Zon Melor, Amanjaya, Kedah yang dilanjutkan dua minggu sejak 13 Sept tamat pada hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan penamatan PKPDP itu dibuat selepas tiada kes baharu COVID-19 direkodkan di zon berkenaan sejak 14 Sept lepas. “Sebanyak 4,931 sampel […]

» Read more

Menang PRN, Bukti Rakyat Mahu GRS Terajui Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, membuktikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap GRS untuk menerajui pentadbiran negeri itu. Justeru, kemenangan GRS di 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diterjemah dengan melaksanakan segala amanah yang diberi untuk memajukan pembangunan Sabah. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang […]

» Read more

Bukan Warganegara Perlu Bayar Caj Penuh Kuarantin – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Semua individu bukan warganegara yang masuk dari semua pintu masuk antarabangsa negara perlu membayar caj penuh kuarantin berkuat kuasa hari ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka perlu membayar caj penuh tanpa subsidi kerajaan pada kadar RM4,700 iaitu RM2,600 caj tetap pengoperasian dan RM2,100 kos penginapan. “Bagi individu kedua dan […]

» Read more

Op Benteng: 120 Pendatang Tanpa Izin Ditahan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Tindakan tegas pihak berkuasa dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini menyaksikan 122 individu termasuk dua tekong ditahan dalam Operasi Benteng yang dijalankan semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua mereka ditahan kerana memasuki sempadan negara melalui laluan tidak sah dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. […]

» Read more

Hari Malaysia Cerminan Muafakat Seluruh Rakyat – Ahmad Zahid

TARIKH 16 September setiap tahun adalah hari keramat bagi seluruh rakyat kerana ia menandakan lahirnya sebuah negara yang bernama MALAYSIA pada tahun 1963 hasil penggabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sehingga ke hari ini. Almarhum Tunku Abdul Rahman semasa membaca watikah Pemasyhuran Malaysia di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat negara ini di stadium Merdeka dahulu telah menyatakan antara lainnya: Maka […]

» Read more
1 107 108 109 110 111 166