Jelajah Penerangan UMNO Ke Kuala Pilah, Teruskan Gerak Kerja Rungkai Isu Semasa

KUALA PILAH, 14 Jun – Siri Jelajah Penerangan UMNO Malaysia meneruskan gerak kerjanya hari ini ke UMNO Bahagian Kuala Pilah. Bertempat di Dewan Orang Ramai Senaling di sini, Ketua Penerangan UMNO merangkap Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said mengambil tempat bagi mengupas berkaitan isu-isu semasa kepada khalayak. Terdahulu, program tersebut dilaksana tertib dengan dimulakan nyanyian lagu […]

» Read more

Kembalikan UMNO Ke Landasan Asal, Kukuh Gerak Kerja – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Semua pihak di peringkat kepimpinan dan akar umbi perlu memainkan peranan sebaiknya dalam memperkukuhkan gerak kerja untuk mengembalikan UMNO sebagai teraju utama negara semula. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua pejuang parti perlu mempunyai kesedaran mengenai kedudukan terkini UMNO dalam arus politik negara. “Tuan-tuan, apa yang kita persiapkan […]

» Read more

UMNO Perlu Berevolusi Untuk Kekal Relevan – Tok Mat

SEREMBAN, 31 Mei – UMNO Perlu berevolusi untuk terus kekal relevan dan berada dalam arus perdana politik masa kini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, perubahan perlu dilakukan dengan segera agar parti tidak luput ditelan zaman apatah lagi suasana geopolitik yang semakin mencabar. “Apa yang kita perlu lakukan dalam UMNO […]

» Read more

Jelajah Penerangan: UMNO Komited Perkasakan Parti – Suraya Yaacob

TAMPIN, 26 Mei – Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob menjelaskan program Jelajah Penerangan adalah bukti bahawa parti sentiasa komited untuk memperkasakan kembali UMNO dan Barisan Nasional (BN). Menurut beliau, Jelajah Penerangan UMNO bekerja dalam satu pasukan bagi mencorakkan pendekatan, misi dan visi demi parti. “Visi dan misi Jelajah Penerangan UMNO adalah memperkasakan imej UMNO dan BN iaitu melalui […]

» Read more

UMNO/BN Perlu Bekerja Lebih Keras… Raih Semula Sokongan Pengundi

TAPAH, 24 Mei – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras dan mempergiatkan usaha agar dapat meraih sokongan pengundi di negeri-negeri yang pernah ditakluki dan seterusnya membentuk Kerajaan dalam pilihan raya kelak. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pada ketika ini hanya empat negeri yang menteri besarnya adalah daripada UMNO. “Kita ada 14 negeri di […]

» Read more

Isu Kupang PD: Kerajaan Negeri Mula Rangka Pelan Galakan Pengambilan Hasil Dwicangkerang

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata isu pencemaran kupang di perairan pantai Port Dickson sejak April 2024 masih dalam pemantauan rapi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Menurut beliau sampel kupang diperoleh dari semasa ke semasa untuk dijalankan ujian klinikal, sehingga yang terkini keputusannya telah diperoleh pada hari ini. “Hasil ujian makmal terkini yang […]

» Read more

Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-78: “Tajdid” Memperbaharui Tekad Perjuangan UMNO

1. Pada hari ini 11 Mei, 78 tahun yang lalu dirasmikan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation) dengan tujuan menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu yang dibatasi oleh sempadan negeri-negeri Melayu yang diperintah oleh Raja Melayu masing-masing. Kesatuan Melayu ini penting bagi membawa negeri-negeri Melayu ini keluar daripada pengaruh Inggeris yang telah bertapak sejak […]

» Read more

78 Tahun UMNO Menjadi Aktor Utama Dan Penting Di Pentas Politik Negara

KUALA  LUMPUR, 11 Mei – Tanggal 11 Mei 2024, genaplah 78 tahun usia UMNO menjadi aktor utama dan terpenting di pentas politik serta perjuangan kebangsaan di negara ini, demikian menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Jelas beliau bagai sebuah pelayaran yang jauh, UMNO telah berjaya menempuh setiap inci badai dan cabaran yang memungkinkan parti ini […]

» Read more

Jalaluddin Berpuas Hati… Persidangan DUN Negeri Sembilan Lancar, Teratur

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berpuas hati pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang berakhir hari ini. Bagi beliau perjalanan persidangan yang berjalan dengan teratur membolehkan segala urusan dan soal-soal kepentingan rakyat serta negeri dapat dirancang serta dijayakan sebaiknya. “Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana persidangan kali ini berjalan dengan […]

» Read more
1 8 9 10 11 12 159