Harapan Palsu PRU14 Musnahkan Kemakmuran, Rakyat Rindu Pentadbiran BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebahagian kita pernah tersilap menaruh pengharapan kepada kepalsuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan natijahnya amat besar, merimaskan lagi memusnahkan. Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ia ibarat yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. “Kini sebahagian besar rakyat amat merindui pentadbiran dominan kerajaan […]

» Read more

Permohonan PBM Dibincang Dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN – Mohamad Hasan

SEREMBAN, 9 Ogos – Keputusan permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pertengahan bulan ini, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan. Mohamad berkata beliau ada menerima kunjungan bakal Presiden PBM Datuk Zuraida Kamaruddin di pejabatnya pada bulan lepas yang menyatakan hasrat PBM untuk menyerai BN, namun perkara itu memerlukan […]

» Read more

E-Hailing Dan P-Hailing: Pemuda UMNO Akan Pantau Secara Dekat – Fairuz

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO akan terus melihat serta memantau dengan lebih dekat berhubung perkara yang telah diperbincangkan berkaitan kebajikan mereka yang berkecimpung dalam bidang E-Hailing dan juga P-Hailing. Pengerusinya, Fairuz Jamaluddin berkata sesi perbincangan dua hala bersama vendor sepertimana semalam yang turut melibatkan pihak kementerian terlibat menghasilkan impak yang positif. “Sekretariat Pekerja Muda akan […]

» Read more

BN Tampin Siap Sedia Kembalikan Kerusi Parlimen, Yakin Depani PRU15 – Isam

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berpandangan selepas UMNO/Barisan Nasional (BN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan bangkit dan kembali menjadi kerajaan pada PRU-15 nanti.  Jelas beliau, BN Tampin tidak patah semangat dan terus mempertingkatkan usaha selepas  mengkaji faktor kekalahan dan kini berkeyakinan tinggi untuk merampas kembali Parlimen Tampin. […]

» Read more

P-Hailing: Usah Bebani Mereka Dengan Syarat Baharu GDL, Tegas Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Cadangan untuk penunggang P-hailing disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) pada ketika ini amatlah tidak munasabah, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, janganlah diperas lagi penunggang tatkala ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya, pasaran kerja yang masih sendu, tekanan harga barangan yang meningkat dek inflasi dan beban bayaran […]

» Read more

Rang Undang-Undang Larangan Tukar Parti Tidak Terpakai Kepada Ahli Dewan Negara – PM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Peruntukan larangan bertukar parti melalui Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri ketika membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Negara hari ini berkata perkara itu dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas setelah mempertimbangkan beberapa pandangan. “Ini kerana Ahli Dewan Negara […]

» Read more

UMNO/BN Fokus Depani PRU, Elak Kerencatan Pengurusan Untuk Pentadbiran – Samsolbari

  KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Motivasi UMNO/Barisan Nasional (BN) Johor dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 adalah untuk memastikan tidak ada kerencatan daripada segi pemerintahan, pengurusan dan juga pentadbiran di negeri tersebut. Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang merangkap Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali, meskipun UMNO/BN telah menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri […]

» Read more

Shahrir Gesa Dap Jujur, Pernah Jadi Kerajaan Tapi Dulu Tidak ‘Pung Pang’ Mengenai LCS

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Isu berkaitan kegagalan pembekalan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) kembali hangat diperkatakan dengan pelbagai tuduhan diabuat oleh pemimpin dalam pembangkang yang menyalahkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) berkaitan hal terbabit. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad membangkitkan kembali penulisan Liew Chin Tong yang dianggapnya pakar strategi Dap ketika berjawatan Timbalan […]

» Read more

Ke Arah PRU15: Media Sosial Beri Ruang, Peluang Anak Muda Bersama UMNO – Zaidy

  KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu kebanyakan pemimpin UMNO di kalangan anak muda tidak aktif menggunakan media sosial sebagai platform utama malah tidak mengaplikasi perkembangannya dalam menyampaikan mesej dan info politik kepada rakyat. Selaras dengan itu katanya, PRU ke-15, keadaan berbeza kerana […]

» Read more

Selepas PH Dan PN, Terbukti Hanya BN Yang Jaga Kepentingan Semua Kaum

KOTA KINABALU, 9 Ogos – Selepas melalui pentadbiran dalam kerajaan yang berbeza iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), terbukti hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu menjaga kepentingan semua kaum dalam negara. Hal ini diakui oleh Ketua Kaum Kadazan-Dusun Murut (KDM) Putatan, Joan @ Benedict Steven yang merupakan bekas Parti Warisan. Katanya yang juga Ketua Bahagian PBRS N23 Petagas […]

» Read more
1 963 964 965 966 967 2,043