Shahrir Gesa Dap Jujur, Pernah Jadi Kerajaan Tapi Dulu Tidak ‘Pung Pang’ Mengenai LCS

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Isu berkaitan kegagalan pembekalan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) kembali hangat diperkatakan dengan pelbagai tuduhan diabuat oleh pemimpin dalam pembangkang yang menyalahkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) berkaitan hal terbabit.

Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad membangkitkan kembali penulisan Liew Chin Tong yang dianggapnya pakar strategi Dap ketika berjawatan Timbalan Menteri Pertahanan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bidas Shahrir, ketika itu tidak ada pun mereka dalam kerajaan tapi tidak ada apa-apa ‘drama’ berkaitan LCS ataupun Boustead.

“Kali ini, demi kebenaran, saya turut kongsi penulisan, pakar strategi Dap, semasa berjawatan Timbalan Menteri Pertahanan dalam kerajaan PH. Oktober 2018. Syed Sadiq ketika itu pun menteri penuh, tapi tidak ‘pung pang, pung pang pung’ dalam Tik Tok mengenai LCS ataupun Boustead.

“Tidak dijadikan isu. Sebaliknya, Liew Chin Tong begitu bangga dengan projek LCS di bawah Boustead.

“Industri Pertahanan! Transformasi Armada Laut! Tak ada pun diungkit sepuluh pucuk surat yang ditulis olih ‘boss’ TLDM. Sudah dibentuk pun Jawatan Kuasa Siasatan Urustadbir Perolehan Kewangan bawah Ambrin Buang untuk ‘mengorek’ apa sahaja bakal boleh jadi ‘skandal politik’.

“Tak ada apa-apa drama pun. Ketika itu, kerajaan!” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya berkaitan hal terbabit.

Terdahulu dilaporkan isu berkaitan LCS tular ekoran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang memaklumkan berkaitan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razal terlibat dalam penyelewengan projek LCS. Hal tersebut kemuadian menjadi polemik politik dalam pembangkang termasuk kepimpinan Dap dalam memburukkan BN.

Dalam hantaran lain, Shahrir memuat naik: “satu hari dalam bulan Oktober 2018. Pakar strategis Dap di rostrum yang berkongsi lambang TLDM dan Boustead. Ketika kerajaan PH, TLDM macam baik-baik dengan Boustead. Bersama-sama melancar ‘keel’ kapal LCS.

“Sekarang PKR dan DAP tak de dalam kerajaan, PAC bawah DAP pula berbunyi lain. Keep it ‘honest’ guys!” tegasnya.

Antara tulisan Liew Chin Tong dalam laman Facebooknya pada Oktober 2018 ialah amat berbangga kerana diberi penghormatan untuk merasmikan Upacara Peletakan Lunas LCS Keempat malah memaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan sedang berusaha menyediakan Kertas Putih Pertahanan untuk menentukan hala tuju Dasar Pertahanan negara, dan juga Dasar Perindustrian Pertahanan untuk membangunkan industri pertahanan kita yang berteraskan inovasi dan penambahan nilai. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.