Terima Kasih Pas Kedah…Tetapi ‘Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin’ – Shaiful

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjawab secara sinis ‘pelawaan’ Pas Kedah dengan megumpamakannya ‘pinggan tak retak, nasi tak dingin’. Menjelaskan lebih lanjut menerusi kenyataan kepada UMNO-Online hari ini, beliau berkata itulah cara orang lama dulu-dulu berbahasa dalam menolak dan mengetepikan sebarang sangkaan bahawa kita terkinja-kinja berkehendakkan orang. “Dalam dunia […]

» Read more

Kuota 30 Peratus: Kalau Calon Wanita Boleh Menang, Why Not?

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pucuk pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan anggota parti termasuk Wanita berkaitan kuota 30 peratus calon wanita bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dipenuhi. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau tidak boleh menjanjikan perkara ini dapat direalisasikan sepenuhnya kerana mereka perlu menurunkan calon yang benar-benar mampu untuk […]

» Read more

PH Sinonim Sebagai Pembangkang Agresif, Mahir Dalam Adu Domba – Mustapa

SEPUTEH, 15 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff berpandangan sudah menjadi kebiasaan untuk Pakatan Harapan (PH) melakukan adu domba apabila menghampiri Pilihan Raya Umum (PRU). Katanya, PH sinonim dengan sikap pembangkang yang agresif kerana sering memainkan isu-isu tertentu untuk dijadikan modal bagi menyerang pihak lawan mereka terutama Barisan Nasional (BN). “Pembangkang memang agresif sebab […]

» Read more

Komitmen Jentera Tahap Terbaik, Bersedia Hadapi PRU-15 – Ahmad Maslan

  KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menyedari episod hitam melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ekoran ketidakstabilan politik, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertekad memastikan kerajaan yang dibentuk selepas PRU-15 nanti adalah sebuah kerajaan yang stabil demi kemakmuran dan kepentingan rakyatnya. Atas kesedaran itu, sebelum menghadapi PRU-15 ini, UMNO/BN akan memastikan jentera bersiap sedia dalam segala segi supaya […]

» Read more

Waspada Tingkah PH… Demonstrasi Rosakkan Keamanan Negara – Razlan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Selepas manifesto yang penuh dengan penipuan dan kegagalan menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kali ini Pakatan Harapan (PH) bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) yang ‘dibeli’ dikatakan bakal mengadakan demontrasi Sabtu ini, demikian maklum Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii. Menurutnya, demontrasi ini bukannya kali pertama diadakan oleh […]

» Read more

Wanita UMNO/BN Heroin Terbaik Parti… Penghubung Pemimpin Dan Rakyat

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Wanita Barisan Nasional (BN) adalah heroin serta aset terbaik parti yang menjadi penghubung antara pemimpin dan rakyat di akar umbi. Pengarah Konvensyen Wanita BN, Datuk Rosni Sohar berkata, Wanita BN bukan sahaja turun ke kawasan desa, bahkan turut turun ke ceruk dapur rakyat bagi mendalami susah senang mereka. “Dari ceruk dapur rakyat inilah, maka kita […]

» Read more

Kredibiliti UMNO/ BN Semakin Ke Depan, Teruskan Kerja Kuat Menuju PRU15 – Shahar

BENTONG, 15 Ogos – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahar Abdullah berpandangan kredibiliti dan integriti UMNO/Barisan Nasional (BN) semakin ke hadapan berbanding pihak pembangkang yang tidak memahami kehendak rakyat. Namun katanya, UMNO/BN perlu terus kerja kuat bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana dalam sistem demokrasi sekiranya parti yang bertanding mengatasi satu undi dari pihak lawan makanya […]

» Read more

Konvensyen Wanita BN Lontar Resolusi Untuk Parti Kemuka Tawaran Baharu Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Cadangan 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, penubuhan Bank Wanita, Bantuan Khas Pendidikan adalah antara beberapa cadangan yang dikemukakan olah Wanita Barisan Nasional (BN) pada Konvensyennya yang berlangsung hari ini, di World Trade Centre (WTC). Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pelbagai resolusi telah dilontarkan merangkumi sektor […]

» Read more

Bukan Sahaja Semangat, Wanita BN Terbukti Jentera Hadapan Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat semangat jentera Wanita parti bukan sahaja cukup tinggi malah diyakini serta terbukti barisan hadapan parti terbabit. Berucap pada majlis penutup Konvensyen Wanita BN, di sini hari ini, beliau seterusnya menambah dengan pelbagai cabaran yang ada khususnya penambahan parti-parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya […]

» Read more

Kajian Sikap Tepat Daripada Pengundi Diperlukan Sebelum Pembubaran Parlimen – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Kajian sikap yang tepat daripada pengundi-pengundi termasuk kaum lain adalah diperlukan sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengambil keputusan untuk membubarkan parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Jelasnya, perkara ini adalah disebabkan kawasan pilihan raya terutamanya di pantai barat semenanjung Malaysia mempunyai pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum. “Sebab kita tahu, setiap […]

» Read more
1 957 958 959 960 961 2,042