Kuota 30 Peratus: Kalau Calon Wanita Boleh Menang, Why Not?

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pucuk pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan anggota parti termasuk Wanita berkaitan kuota 30 peratus calon wanita bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dipenuhi.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau tidak boleh menjanjikan perkara ini dapat direalisasikan sepenuhnya kerana mereka perlu menurunkan calon yang benar-benar mampu untuk menang pilihan raya.

Based on effort basis, parti cuba. Saya tak boleh janjikan kerana calon ini perlu kita pilih betul-betul. Jangan kerana terpaksa kita memenuhi kuota sebab kita masuk pilihan raya adalah untuk menang. Jadi, based on effort basis, kita cuba untuk memenuhi kehendak ini.

“Kita mesti menurunkan calon yang benar-benar diyakini dan boleh menang. Kalau calon wanita boleh menang, why not?” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Konvensyen Wanita BN pada Ahad.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO itu berkata, UMNO/BN boleh membuat cubaan-cubaan di Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK), namun perlu lebih berhati-hati pada PRU ke-15.

“Di Melaka, kita letakkan calon yang biasa sahaja daripada jawatankuasa wanita. Boleh menang. So, kita dah buat banyak dry-run dalam PRN dan PRK. Macam di Cameron Highlands, kita letak calon Orang Asli juga menang dengan selesa. Di Chini, kita letak bukan ketua pemuda pun kita boleh menang.

“So dalam PRN dan PRK kita boleh buat cubaan-cubaan sebegitu, tapi dalam PRU we must be very careful because dalam PRU, usaha kita adalah untuk menubuhkan kerajaan,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.