Masih Terlalu Awal Untuk Puji Atau Kritik Kerajaan Baru

MASIH terlalu awal kalau kita nak puji atau kritik kerajaan baru. Dan masih terlalu awal untuk kita kata keputusan Perikatan Nasional (PN) kekal pembangkang tunggal itu baik atau buruk. Saham melonjak pada hari Khamis bukanlah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Tapi sebab kenyataan media UMNO pada awal pagi yang menandakan ketidaktentuan politik telah tamat. Sebab itu pasaran […]

» Read more

BN Mendukung Perlembagaan Negara Dan Menjunjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kesyukuran dengan selesainya kemelut pelantikan Perdana Menteri secara arif lagi bijaksana oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan telus dan berwibawa. Katanya, BN pada mulanya membuat keputusan untuk menjadi pembangkang, kemudian berkecuali dan […]

» Read more

Tahniah JDT Kejayaan Memenangi Piala Malaysia – Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi marakamkan ucapan tahniah kepada kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan memenangi Piala Malaysia. Katanya, berkat kesungguhan dan kerjasama pasukan itu berhasil di sebalik kekuatan lawan Selangor yang turut sama memberikan saingan sengit. “Tahniah JDT dengan jaringan 2-1 menewaskan Selangor selepas turut berjaya memenangi […]

» Read more

BN Sertai Kerajaan Perpaduan Kerana Akur Dengan Titah Agong – Isham

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berkata bahawa Barisan Nasional (BN) menyertai kerajaan perpaduan adalah kerana akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Melihat kepada rasional penyertaan tersebut, beliau berkata ia perlu dilakukan kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti gabungan yang mempunyai cukup bilangan kerusi bagi […]

» Read more

UMNO Mesti Diberi Keutamaan… Jangan Mudah Terpedaya, Terpengaruh Hasutan – Ahmad Jazlan

  KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menekankan bahawa UMNO mesti diberi keutamaan iaitu jangan mudah terpedaya atau  terpengaruh dengan hasutan-hasutan dari luar yang pelbagai dakwaan.  Katanya, jika bercakap tentang soal UMNO perlu bangkit, maka sudah tentu UMNO perlu melakukannya namun daripada strategi manakah yang perlu dilaksana. Dalam hal ini, beliau mengajak […]

» Read more

Shafei Dan Megat MKT Baharu, Angkat Sumpah Pada Rabu

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memaklumkan bahawa Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin telah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baharu. Katanya pelantikan telah dilakukan pada mesyuarat MKT Rabu lalu yang juga menyaksikan Datuk Suraya Yaacob dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. “Mohd Shafie Abdullah […]

» Read more

UMNO/BN Teras Kerajaan Perpaduan

1. Kerajaan Perpaduan bukanlah kerajaan PH. Kerajaan Perpaduan juga bukan kerajaan BN. 2. Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang dibentuk hasil TITAH DYMM SPB YDPA dan disahut oleh pelbagai pimpinan parti politik yang cintakan kestabilan & kemakmuran rakyat dan negara. 3. Kerajaan Perpaduan tidak disertai oleh para pemimpin parti-parti politik yang angkuh, sombong, takabbur dan engkar terhadap TITAH Tuanku. 4. TIADA […]

» Read more

Kita Doakan Malaysia Akan Bertambah Baik Di Bawah Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara yang menamatkan kemelut politik pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 Sabtu lalu. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan semoga Malaysia bertambah […]

» Read more

Himpunan Solidariti Presiden UMNO: Kembalilah Bersatu, Kuatkan Semula UMNO

  KUALA LUMPUR, 24 Nov – Mana-mana Ketua UMNO Bahagian yang masih ragu serta bimbang dengan kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan untuk kembali bersatu bagi membantu menguatkan parti. Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata, UMNO/Barisan Nasional (BN) berlapang dada di atas kekalahan yang menimpa parti itu maka kesatuan amatlah […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Demi Kemakmuran Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Kemelut politik negara berakhir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar semua rakyat Malaysia terus mendoakan masa depan yang gemilang untuk negara yang tercinta. “Sejarah sedang tercipta di Istana Negara hari ini. Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia. […]

» Read more
1 850 851 852 853 854 2,040