Shafei Dan Megat MKT Baharu, Angkat Sumpah Pada Rabu

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memaklumkan bahawa Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin telah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baharu.

Katanya pelantikan telah dilakukan pada mesyuarat MKT Rabu lalu yang juga menyaksikan Datuk Suraya Yaacob dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

“Mohd Shafie Abdullah (Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju) dilantik sebagai ahli MKT dan Megat Zulkarnain (Ketua Bahagian Gombak) mengganti Tan Sri Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan Selangor. Suraya Yaacob pula sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

“UMNO pada Rabu 23/11/22 telah berlangsung selama hampir empat jam berakhir jam satu pagi, mesyuarat berjalan dalam suasana yang tenang bermula dengan sumpah kerahsian dua ahli yang baru dilantik.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberi ruang seluasnya untuk semua memberikan pandangan iaitu seramai 31 orang ahli telah berucap,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Ahmad juga pada masa yang sama turut meluahkan kekesalan kerana beberapa perbincangan telah disalah tafsir dan disebarkan di media sosial.

“Adalah tidak wajar jika ada sesiapa ahli MKT melaporkan dalam media sosial apa jua petikan yang dibuat di luar konteks dan tidak pula betul. Ini melanggar tatasusila mesyuarat.

“Kenyataan media yang dikeluarkan atas nama saya telah dibacakan terlebih dahulu dalam mesyuarat itu untuk dipersetujui,” ujar beliau lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.