Tahniah JDT Kejayaan Memenangi Piala Malaysia – Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi marakamkan ucapan tahniah kepada kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan memenangi Piala Malaysia.

Katanya, berkat kesungguhan dan kerjasama pasukan itu berhasil di sebalik kekuatan lawan Selangor yang turut sama memberikan saingan sengit.

“Tahniah JDT dengan jaringan 2-1 menewaskan Selangor selepas turut berjaya memenangi Piala FA, Piala Sumbangsih dan Liga Super sebelum ini.

“Usaha gigih pasukan JDT selama ini terus membuahkan kejayaan terbaru tersebut sehingga membolehkan mereka merangkul kesemua piala yang dipertandingkan musim ini.

“Pasukan Selangor juga mempamerkan permainan yang memberansangkan namun nasib JDT lebih baik sehingga berjaya buat kali ketiga menjadi juara Piala Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pengerusi Barisan Nasional itu juga pada masa sama berharap sukan bola sepak negara terus menempa ke arah kecemerlangan.

“Semoga bola sepak negara kita akan semakin maju lagi pada hadapan jika setiap pasukan mempunyai semangat yang hebat dan perancangan yang tepat untuk membawa perubahan dalam strategi dan tahap kemahiran para pemain seperti yang telah dilakukan oleh pasukan JDT.

“Tahniah sekali lagi kepada JDT dan harapan kita Selangor akan terus berusaha lebih gigih bagi membolehkan mereka mencapai kejayaan lebih hebat pada masa hadapan,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.