UMNO Terbuka Bekerjasama Demi Perjuangan Bangsa Dan Agama

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Mengambil iktibar daripada kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, serta kekalahan di Sabah, UMNO sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kelangsungan perjuangan bangsa dan agama, ujar Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurutnya, UMNO tidak menutup ruang untuk kesatuan bangsa Melayu dilaksanakan rentas parti dan ideologi […]

» Read more

Ucapan Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri UMNO – Datuk Seri Mohamad Hasan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Yang Berhormat Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Yang Berbahagia Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, Para Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang saya hormati sekalian, 1. Marilah […]

» Read more

Penyatuan Melayu – Membaca Isyarat Presiden UMNO

TAKLIMAT Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 wajar dibaca melangkaui persoalan strategi pilihan raya atau percaturan kerjasama antara parti. Di sebalik seruan memperkukuh solidariti, memperkemas jentera dan mengembalikan keyakinan rakyat, terdapat persoalan lebih besar yang perlu direnungkan: apakah sudah tiba masanya orang Melayu kembali mencari titik-titik persamaan setelah terlalu lama dipisahkan oleh […]

» Read more

Kembali Berhimpun Di Rumah Bangsa, Perkukuh Saf – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026) sebagai ruang penting untuk seluruh keluarga parti kembali berhimpun, menyatukan fikrah serta memperkukuh kekuatan UMNO. Beliau berkata demikian menerusi hantaran di media sosial bersempena hari pertama PAU 2026 yang menyaksikan barisan kepimpinan parti bersama para perwakilan UMNO dari seluruh negara […]

» Read more

‘Rule of Law’ Tidak Boleh Ada Dua Piawaian

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) bahawa individu yang telah disabitkan kesalahan perlu “menjalani sepenuhnya tempoh hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah” tidak seharusnya ditafsirkan secara sempit sehingga mengetepikan mekanisme pengampunan yang turut diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, Ahmad Solehin Abd Ghani, berkata prinsip ‘rule of law’ mesti dihormati secara menyeluruh […]

» Read more

Taklimat: Saranan, Hasrat Presiden Dirangkul Akar Umbi Segenap Lapisan

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri percaya bahawa saranan dan hasrat yang telah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi taklimat bakal dirangkul akar umbi segenap lapisan. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, Ahmad Zahid turut menekankan agar solidariti dan […]

» Read more

Dinobat Ketua Penerangan Bahagian Terbaik, Azmee Hargai Pengiktirafan

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Selayang, Azmee Masrus menyifatkan pengiktirafan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Terbaik sebagai satu pencapaian yang membanggakan, selain hasil kerjasama dan sokongan seluruh kepimpinan serta jentera parti. Beliau berkata, kejayaan itu bukan kemenangan peribadi, sebaliknya merupakan hasil dokongan padu daripada kepimpinan bahagian, pergerakan sayap serta seluruh jentera UMNO Bahagian Selayang. “Sudah pasti […]

» Read more

PAU 2026: Lebih 111 Reruai Usahawan Warnai WTCKL

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, pelbagai program dan aktiviti menarik dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sekali gus memberi peluang kepada perwakilan, ahli UMNO serta orang ramai untuk memeriahkan suasana sepanjang berlangsungnya persidangan terbabit. Antara program yang dianjurkan ialah Program Komuniti Pemeriksaan Kanser Percuma sumbangan Kebajikan Wanita UMNO Malaysia, selain Karnival Jualan […]

» Read more

UMNO Tegas Pertahan Kuasa Pengampunan Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, 9 Sept – UMNO menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan Institusi Yang di-Pertuan Agong serta kuasa pengampunan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO kesal dengan kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang dilihat seolah-olah mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Menurut beliau, kuasa tersebut merupakan hak prerogatif Seri Paduka Baginda […]

» Read more

PAU 2026: UMNO Kembali Kepada Amanah Rakyat

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bukan sekadar medan menghimpunkan ahli dan pemimpin parti, sebaliknya menjadi ruang untuk seluruh warga UMNO melakukan muhasabah serta menilai semula sejauh mana perjuangan parti terus berpaksikan kepentingan rakyat. Naib Ketua Wanita UMNO Negeri Johor merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, Datuk Norshida Ibrahim, melihat semangat B.U.B.A.R – Bangkit, Usaha, Baiki, […]

» Read more
1 … 78 79 80 81 82 … 2,516