Ahmad Zahid Rai Dan Santuni Masyarakat Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 6 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan kepimpinan UMNO Bagan Datuk malam tadi menyantuni masyarakat setempat yang membanjiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kawasan berkenaan yang diadakan di dataran terbuka Masjid Tuminah Hamidi. Masjid tersebut yang turut dikenali masjid terapung menjadi tumpuan penduduk sejak 8.00 malam yang memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan […]

» Read more

Wan Rakemi Menang Jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah

TANAH MERAH, 6 Mei – Datuk Wan Rakemi Wan Zahari menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dalam pemilihan parti bahagian itu hari ini. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Akbar Salim berkata Wan Rakemi mendapat 196 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya iaitu Datuk Ir Shaari Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Ipoh Mohd Bakri Mustapha yang masing-masing memperoleh […]

» Read more

‘Kempen UMNO Sayangi DAP’ Fitnah – Ahmad Zahid

LENGGONG, 6 Mei – Dakwaan mengatakan bahawa UMNO akan melancarkan ‘Kempen Sayangi DAP’ seperti tular di media sosial adalah satu fitnah, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menyifatkan dakwaan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas itu sebagai taktik kotor pembangkang. “Siapa yang buat fitnah, yang buat kerja tak tentu hala tu hentikanlah, zaman sekarang […]

» Read more

Saarani Tepis Khabar Angin ADUN Lompat Parti

IPOH, 6 Mei – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan khabar angin bahawa terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu yang akan melompat parti, sekali gus menyebabkan berlakunya peralihan tampuk pentadbiran Julai ini. Beliau berkata hal itu tidak berasas kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah meluluskan Enakmen Anti Lompat Parti pada 29 Disember tahun lepas. “Di […]

» Read more

Tiada MP BN Akan Kosongkan Kerusi Parlimen – Ahmad Zahid

LENGGONG, 6 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa tiada seorang pun Ahli Parlimen gabungan politik itu yang akan bertindak mengosongkan kerusi masing-masing sekali gus menumbangkan Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri telah melakukan kaji selidik ke atas semua Ahli Parlimen BN dan ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas. “Saya […]

» Read more

PRN: Pembahagian Kerusi Di Peringkat Negeri Hampir Selesai – Ahmad Zahid

ALOR GAJAH, 5 Mei – Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di peringkat negeri telah hampir selesai, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke peringkat pusat untuk diperhalusi […]

» Read more

Ahmad Zahid Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka UMNO Melaka

MASJID TANAH, 5 Mei – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka meriah dengan kehadiran lebih 10,000 ribu pengunjung. Kehadiran lapisan masyarakat itu diserikan lagi dengan kehadiran Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan di Villa D’Acqua, Kampung Pulau Masjid Tanah, Melaka. Majlis itu juga dihadiri Ketua Menteri Melaka […]

» Read more

Wanita UMNO Mohon Jaminan Tiada Lagi kenaikan OPR, Cadang Pengecualian Pada Golongan Sasar

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Wanita UMNO Malaysia menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memberi penjelasan dalam ‘bahasa mudah’ kepada rakyat berkenaan apakah signifikannya BNM menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga 3 peratus. Ketua Penerangan, Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari berkata sehingga hari ini, BNM telah memberikan penjelasan yang terlalu teknikal dan kurang difahami sehingga […]

» Read more

Usaha Pembangkang Jatuhkan Kerajaan Perpaduan Akan Rugi Dan Susahkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berharap agar pembangkang bijak dalam menjadi semak yang imbang kepada kerajaan dan bukannya bersikap tamak kuasa sehingga menjalankan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan. Jelas beliau ini kerana, tindakan tersebut hanya merugikan ekonomi negara dan sekaligus menjejaskan rakyat. “Kebelakangan ini semakin kuat angin bertiup berkenaan gerakan yang dilakukan oleh […]

» Read more

Sokongan 148 Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Masih Kekal, Intact – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Sokongan 148 Ahli Parlimen yang menandatangani Perjanjian Persefahaman Kerjasama dimeterai gabungan parti politik Kerajaan Perpaduan masih lagi kekal dan utuh, kata Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata medan untuk sebarang perbincangan atau rundingan antara parti dalam kerajaan sentiasa berjalan pada setiap minggu, dengan 148 Ahli Parlimen yang tandatangani MoU Kerajaan […]

» Read more
1 745 746 747 748 749 2,046