Ahmad Zahid Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka UMNO Melaka

MASJID TANAH, 5 Mei – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka meriah dengan kehadiran lebih 10,000 ribu pengunjung.

Kehadiran lapisan masyarakat itu diserikan lagi dengan kehadiran Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan di Villa D’Acqua, Kampung Pulau Masjid Tanah, Melaka.

Majlis itu juga dihadiri Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan seluruh kepimpinan UMNO Negeri Melaka.

Berdasarkan tinjauan UMNO Online, majlis Aidilfitri bermula jam 8.30 malam tetapi pengunjung telah memenuhi di khemah tetamu sejak jam 7 petang biarpun majlis dijadual bermula sejam selepas itu. Ianya turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu raya oleh artis yang dijemput khas.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh; Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta kepimpinan UMNO peringkat pusat, ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), anggota Exco negeri Melaka dan kepimpinan parti pelbagai peringkat.

Pelbagai juadah disediakan kepada para pengunjung seperti ketupat, sate, lemang, ketupat,kuih muih dan pelbagai aneka minuman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan diiringi Ab Rauf turut menyantuni tetamu yang hadir. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.