Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia Berlangsung Esok, Tumpuan Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada esok bakal mencatatkan sejarah baharu apabila buat julung kalinya akan diadakan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia. Ianya bakal menjadi tumpuan seluruh negara kerana akan menghimpunkan parti-parti di bawah kerjasama Kerajaan Perpaduan. Bertemakan ‘Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia’ ianya bermula seawal jam 10.00 pagi dengan Konvensyen Nasional Wanita dan Konvensyen Pemuda […]

» Read more

Asas Perjuangan UMNO Diteruskan, Bentuk Dan Pendekatan Baharu Lebih Progresif Dan Tuntas

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata setelah hampir enam bulan mendukung Kerajaan Perpaduan atas semangat untuk mengekalkan kestabilan politik, UMNO dilihat mula kembali memainkan peranan besar dalam pelbagai dasar dan program kerajaan. Ujarnya, porfolio penting seperti hal ehwal luar bandar, pertahanan, hubungan luar negara, pelaburan dan perdagangan, pendidikan tinggi dan undang-undang sudah […]

» Read more

UMNO Perlis Ikrar Kembalikan Kegemilangan – Rozabil

ARAU, 13 Mei – UMNO Perlis bertekad untuk mengembalikan semula kegemilangan parti berkenaan di negeri tersebut menerusi pelbagai perancangan serta pelaksanaan dalam usaha memastikan politik khidmat bakti yang amat sinonim dengan parti itu terus menjadi naungan kepada rakyat negeri tersebut. Berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Perlis semalam, Pengerusinya Datuk Rozabil Abdul Rahman yakin hakikat tersebut dapat dilaksanakan dengan kombinasi […]

» Read more

Pemuda UMNO Akan Bentang Resolusi Sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan

JASIN, 13 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan membawa resolusi yang dikemukakan oleh beberapa sayap negeri dan bahagiannya untuk dibawa dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, esok. Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata resolusi itu dikumpul dan akan digarapkan bersama kompenan parti lain untuk mencari resolusi terbaik buat sayap pemuda Kerajaan […]

» Read more

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Fokus Kepada Rakyat, Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan julung kali esok akan menjadi medan terbaik bagi menoktahkan sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kestabilan politik negara sekali gus menumpukan fokus dan usaha kerajaan kepada rakyat. Konvensyen yang dijangka menghimpunkan 10,000 perwakilan daripada 19 parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan itu akan berlangsung ketika terdapat desas-desus ada pihak yang ingin menjatuhkan […]

» Read more

Demi Rakyat Dan Negara… Jangan Dikacau Kerajaan Yang Ada

JIKA kita perhatikan sejak PRU15 berakhir dan dek kerana tiada parti yang mendapat majoriti, berlaku sedikit kekalutan dalam usaha menubuhkan sebuah kerajaan. Banyak kerenah daripada pemimpin politik terutamanya orang PN. Berdolak dalih, letakkan macam-macam syarat sampai akhirnya Yang Dipertuan Agong kena bertitah agar PH, UMNO, GPS, GRS dan MP Bebas bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan. Bila dah wujudnya Kerajaan Perpaduan, geng […]

» Read more

Ahmad Zahid Hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani, Santuni Rakyat Kelantan

KOTA BHARU, 12 Mei – Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani kali ini yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidilfitri menerima sambutan menggalakkan daripada rakyat di negeri Kelantan. Berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, majlis dihadiri Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam meraikan majlis tersebut dan turut menyantuni rakyat yang hadir. […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Tidak Pernah Melupakan Agenda Melayu Dan Islam – Ahmad Zahid

ARAU, 12 Mei – Kerajaan Perpaduan yang didukung pelbagai parti politik tidak pernah melupakan agenda kepentingan Melayu dan Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata perjuangan Kerajaan Perpaduan adalah selari dengan objektif penubuhan dan perjuangan UMNO iaitu untuk agenda Melayu serta Islam, dan pada masa yang sama kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk […]

» Read more

Ahmad Zahid Gesa UMNO Perlis Lupakan Kisah Lalu, Eratkan Permuafakatan

ARAU, 12 Mei – Seluruh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis digesa agar melupakan segala perbedaan dan masing-masing mencari titik persamaan dalam usaha memastikan permuafakatan dapat dipereratkan. Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jika dilayani perbedaan berkenaan ianya dikhuatiri akan mengulangi sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Justeru beliau […]

» Read more

Isu Air Kedah: Sanusi Perlu Beri Penjelasan Terperinci Kepada Rakyat – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 12 Mei – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menasihati Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar memberi penjelasan secara terperinci kepada rakyat agar mereka sedia maklum dengan status semasa masalah air di negeri itu. Jelasnya, Menteri Besar Kedah itu perlu mendedahkan pelan jangka masa pendek dan panjang kepada rakyat, bukannya […]

» Read more
1 736 737 738 739 740 2,043