Demi Rakyat Dan Negara… Jangan Dikacau Kerajaan Yang Ada

JIKA kita perhatikan sejak PRU15 berakhir dan dek kerana tiada parti yang mendapat majoriti, berlaku sedikit kekalutan dalam usaha menubuhkan sebuah kerajaan. Banyak kerenah daripada pemimpin politik terutamanya orang PN. Berdolak dalih, letakkan macam-macam syarat sampai akhirnya Yang Dipertuan Agong kena bertitah agar PH, UMNO, GPS, GRS dan MP Bebas bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bila dah wujudnya Kerajaan Perpaduan, geng PN pula meroyan terutamanya Presiden Pas, Hadi Awang yang nampak seperti tak boleh terima kenyataan bila PH boleh bekerjasama dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan baharu.

– Barangkali Hadi tak puas hati bila UMNO yang menang hanya 30 kerusi boleh berada dalam kerajaan dan wakil UMNO dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri-menteri. Serangan kepada Kerajaan Perpaduan bermula dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan padahal apa yang berlaku sebenarnya berpunca daripada PN sendiri yang kononnya tak mahu gadaikan prinsip bekerjasama dengan PH.

– UMNO juga yang sering dipersalahkan atau dijadikan kambing hitam oleh puak PN dalam Kerajaan Perpaduan dengan membuat tuduhan melulu serta serang peribadi terutamanya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Seolah-olah Kerajaan Perpaduan ini adalah Kerajaan UMNO/BN seperti sebelum tahun 2018. Puak PN ni tak sedar kot Kerajaan yang wujud hari ini adalah hasil gabungan pakatan parti dan bukan dominasi satu parti sahaja. – Sampai ke hari ini, pemimpin-pemimpin PN dari Pas dan PPBM terus menerus buat kacau untuk mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan. Sampai timbul pula cerita ada gerakan cuba menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini melalui SD baharu. – Bagi saya, tak usahlah nak kacau kerajaan yang ada hari ini. Sila buka mata hati masing-masing dan lihat ke depan demi kestabilan negara dan kepentingan rakyat.

Saya menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang bertitah supaya semua pihak menghentikan polemik politik yang boleh menggugat kestabilan negara. Titah baginda itu jelas menggambarkan bahawa baginda bimbang jika berlaku sekali lagi perubahan kerajaan, ia memberi impak yang lebih teruk kepada Malaysia.

Tak perlu lagi nak huru harakan negara dengan tindakan politik yang tak matang serta hanya mengejar kepentingan kuasa atau mengutamakan kehendak peribadi sahaja. Sejak PRU14 lagi, negara kita sudah banyak berdepan dengan ketidakstabilan politik sehingga berikan impak negatif daripada segi ekonomi dan pelaburan. – Sebaiknya, puak pembangkang ini cubalah jalankan tanggungjawab sebagai pembangkang dengan cara yang terbaik. Jadilah sebagai ‘check & balance’ untuk Kerajaan Perpaduan melaksanakan amanah mentadbir dan membawa Malaysia kembali ke landasannya semula.

Nak bangkang atau nak kritik, boleh tapi janganlah bangkang atau buat tuduhan yang tak logik kepada setiap usaha kerajaan. Kalau benda baik yang dibuat oleh kerajaan untuk negara dan rakyat pun kamu nak kritik atau perlekehkan, payahlah nak cerita. Rakyat pun tak akan hormati kamu sebagai pembangkang yang bertanggungjawab.

DATUK ABDUL HALIM SULEIMAN
SETIAUSAHA UMNO NEGERI JOHOR
KETUA UMNO BAHAGIAN TEBRAU

*****************************************

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.