Manfaatkan Penerangan Sebagai Ruang Mendapat Maklumat, Info Semasa – Fairul Nizam

AYER KEROH, 24 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata semua ahli UMNO di negeri terbabit perlu bersedia dari sekarang bagi mendepani pilihan raya.

Justeru katanya, program Jelajah Penerangan UMNO yang sedang dilaksana perlu diaplikasi sebagai ruang untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai isu semasa.

“Semua ahli UMNO dan jentera parti setiap peringkat perlu bersedia dengan apa-apa yang bakal berlaku. Ambil kesempatan dalam program yang dilaksana untuk dapatkan makluman isu semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jelajah Penerangan UMNO peringkat Negeri Melaka yang diadakan di sini.

Program tersebut dihadiri lebih 300 anggota parti yang merupakan jentera penerangan empat peringkat.

Turut diadakan dalam siri jelajah ini ialah aplikasi podcast ‘Cikgu Undang-undang’ terdiri dari Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menerangkan berkaitan perkembangan teknologi dalam media baharu dan senario politik semasa.

Sesi ini juga disertai pengamal undang-undang, Hamidi Mohd Noh dan Pengarah Komunikasi kepada Ketua Penerangan, Ahmad Razis Rashid.

Program ini juga dibuka kepada sesi soal jawab yang melibatkan hal-hal berkaitan perkembangan isu semasa dan politik tanah air. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit