Pamer Prestasi Baik Tadbir Negara, Kembalikan Keyakinan Rakyat Pada UMNO/BN – Lokman Adam

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam yakin bahawa rakyat Malaysia akan kembali menyokong UMNO/Barisan Nasional (BN) sekiranya parti ini menunjukkan yang prestasi baik semasa mentadbir negara di bawah Kerajaan Perpaduan. Jelasnya, sekiranya UMNO konsisten mempertahankan empat perkara asas yang menjadi perjuangan, rakyat akan nampak bahawa parti itu tidak pernah mengenepikan prinsip meskipun terpaksa […]

» Read more

Abe Din Tekad Lunaskan Kepercayaan Pengundi DUN Galas

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim bertekad untuk melunaskan kepercayaan rakyat di kawasan berkenaan yang sekali lagi memberikan kepercayaan kepada beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini dengan mengambil beberapa langkah awal. Biarpun kerajaan negeri masih lagi dipegang oleh Pas, beliau yang merupakan penyandang bagi kawasan berkenaan akan terus komited dan […]

» Read more

Teruskan Tekad Perkukuh UMNO, Jangan Terperangkap Desakan Lemahkan Parti – Jamal

KOTA KINABALU, 23 Ogos – Ahli-ahli UMNO termasuklah kepimpinan semua peringkat hinggalah ke anggota akar umbi perlu terus fokus dalam tekad mengembalikan usaha memperkukuh parti dan tidak terperangkap dengan cabaran masa kini, kata Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi. Katanya, pasca-Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini adalah cabaran yang amat besar kepada anggota parti dalam memastikan kesepakatan dan kesepaduan […]

» Read more

Cadangan Guna Logo, Tema Kemerdekaan Berbeza Dengan Persekutuan Tidak Masuk Akal – Rosni

  KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menyifatkan cadangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan logo dan tema kemerdekaan berlainan bagi negeri di bawah pentadbiran mereka adalah bersifat dangkal. Katanya, ini kerana Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan adalah negeri yang berada di bawah kerajaan Pusat seiring dengan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan. “Pada saya ini […]

» Read more

Pendirian UMNO Kedah Kekalkan Presiden UMNO Adalah Tepat

ALOR SETAR, 22 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyambut baik dan menyokong keputusan yang diputuskan di dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memberi sepenuh keyakinan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO. Menurutnya, pendirian UMNO Kedah adalah jelas […]

» Read more

Jangan Pandang Enteng Keamanan Dan Kestabilan Dikecapi Negara

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru orang ramai dan anggota tentera daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara selain tidak memandang enteng keamanan dan kestabilan yang dikecapi kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang masih muda. Beliau berkata semangat dan kerjasama sedia ada dalam kalangan rakyat […]

» Read more

Ahmad Zahid Tidak Suka Nama Disebut Sebagai Pemberi Sumbangan – Saksi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Bekas Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Melaka memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak suka namanya disebut atau dimaklumkan sebagai pemberi sumbangan kepada sekolah berkenaan. Azharizan Yaacob, 47, yang kini Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Hamidiyah di Bagan Datuk berkata timbalan perdana menteri itu memberitahunya bahawa […]

» Read more

PN Langgar Akta Pilihan Raya, Belanja Lebih RM100 Ribu Satu Calon Sepanjang Kempen – Lokman Adam

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Perikatan Nasional (PN) telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana telah membelanjakan lebih RM100,000 untuk seorang calon sepanjang tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, PPBM/PN bijak dalam menggunakan wang yang diterima sehabis baik dengan menguasai pelbagai platform media sosial. “PPBM ini saya lihat […]

» Read more

Perbezaan Pandangan Dirai, Semangat Ukhuwah Kekeluargaan UMNO Jadi Pegangan Utama

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perbezaan pandangan adalah kebiasaan selagi mana ianya membawa manfaat kepada masa hadapan parti. Jelas beliau, namun ianya perlu dilakukan berlandaskan semangat ukhuwah kekeluargaan UMNO yang menjadi pegangan utama parti keramat ini. “Berbeza pandangan tidak mengapa kerana akhirnya apa yang hendak kita bincang, capai […]

» Read more

Ahmad Zahid Cari Sumber Kewangan Lain Teruskan Pembinaan Masjid Selepas Akaun YAB Disita – Saksi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencari sumber kewangan lain bagi meneruskan pembinaan Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak selepas akaun Yayasan Akalbudi (YAB) disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Pengurus projek pembinaan masjid berkenaan, Ramli Ngah, 56, berkata beliau mengetahui perkara itu kerana ia dibincangkan di tapak […]

» Read more
1 629 630 631 632 633 2,036