Kerjasama Erat Parti-parti Kerajaan Perpaduan Menangkan Calon PRK

  KUALA LUMPUR, 2 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keyakinan dengan kejayaan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) hasil daripada kerjasama parti-parti Kerajaan Perpaduan di Parlimen Pulai, Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram termasuk Pelangai. Jelas beliau, ini kerana kerjasama erat telah ditunjukkan termasuk daripada kepimpinan dan jentera UMNO/BN serta Friends of BN meskipun calon […]

» Read more

Melaka Bangunkan Aplikasi Pertanian Pintar Elak Bergantung Orang Tengah- Dr Akmal

JASIN, 2 Sept – Melaka akan membangunkan aplikasi ‘Pertanian Pintar’ menerusi Jabatan Pertanian negeri bagi membantu petani, pekebun kecil dan industri hiliran memasarkan hasil, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata projek yang melibatkan peruntukan RM2.5 juta itu, kini sedang menunggu kelulusan kerajaan Persekutuan dan dijangka dilancarkan […]

» Read more

Kredibiliti MB Johor Mampu Beri Kesan Positif Kepada Dua PRK Di Negeri Itu

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Veteran UMNO Tan Sri Shahrir Abdul Samad berpandangan terdapat faktor baharu yang memberi kesan positif dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Menurut bekas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu, ia berdasarkan kepada kredibiliti Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang memimpin negeri itu. “Pemerhatian saya dari […]

» Read more

Jalaluddin Cabar PN Namakan Tujuh Ahli Parlimen UMNO/BN Yang Dikatakan Mahu Keluar Parti

BAKRI, 2 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias mencabar Perikatan Nasional (PN) menamakan tujuh Ahli Parlimen UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mahu keluar parti dan menyokong mereka sebagaimana yang didakwa. Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu yakin semua Ahli Parlimen UMNO/BN tetap istiqamah menyokong Kerajaan Perpaduan. “Baru-baru ini Perikatan Nasional kata kerajaan akan bertukar… tujuh […]

» Read more

PRK Pulai Dan Simpang Jeram: BN Mampu Mengurus, Harungi Cabaran – Khaled

BAKRI, 2 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Barisan Nasional (BN) mampu mengurus serta mengharungi cabaran dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Kata Pengerusi BN Negeri Johor itu, ini berikutan buat pertama kali di negeri itu, UMNO/BN tidak meletakkan calon bertanding di kedua-dua kawasan tersebut […]

» Read more

Jasa Dan Sumbangan Pemimpin UMNO Terdahulu Wajar Dihargai – Bung Moktar

SANDAKAN, 2 Sept- Pemimpin UMNO masa kini tidak kira di peringkat mana, diingatkan supaya tidak melupakan jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang bukan sahaja menuntut kemerdekaan dari penjajah tetapi berjuang demi kemajuan dan pembangunan negara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, kemerdekaan, kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tidak boleh dicapai hanya kerana hasil […]

» Read more

Rakyat Bosan Dakwaan Tidak Masuk Akal Abdul Hadi – Mohd Hairi

JOHOR BAHRU, 1 Sept – Parti Pas dan Perikatan Nasional (PN) seharusnya mengutamakan tawaran dan agenda yang ingin dibawa di negeri ini sebagai bahan kempen semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan bukannya retorik kosong tentang perubahan kerajaan Pusat. Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah berkata ini kerana rakyat khususnya […]

» Read more

Nazri Abdul Rahman Dikenali, Disenangi Rakyat DUN Simpang Jeram – Azman

BAKRI, 1 Sept – Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Azman Ismail berkeyakinan bahawa calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman adalah calon yang berwibawa bagi mempertahankan kerusi ini. Katanya, beliau cukup dikenali dan mudah diterima oleh masyarakat tempatan lebih-lebih lagi beliau anak jati di kawasan Simpang Jeram. “Saya yakin calon yang […]

» Read more

Kuasa Nujum Tun M Patut Guna Di Langkawi, Bukan Johor – Shahrir

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menempelak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan masa depan UMNO Johor. Menyindir bekas Perdana Menteri itu sebagai mempunyai kuasa nujum, beliau berkata Tun Mahathir sepatutnya menilik dirinya terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. “Hebat […]

» Read more

Sambut Merdeka Dengan Kesyukuran, Semangat Perpaduan dan Harmoni – Bibi Sharliza

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 semalam, Wanita UMNO Negeri Sembilan meluahkan harapan kepada rakyat Malaysia khususnya ahli parti untuk mensyukuri nikmat kemerdekaan yang diperolehi negara. Ketuanya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata kemerdekaan ini juga membawa signifikan tersendiri kerana sambutan pertama di bawah Kerajaan Perpaduan. “Saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka di bawah Kerajaan Madani. […]

» Read more
1 621 622 623 624 625 2,036