Parlimen: Mohd Shahar Junjung Titah Agong, Henti Berpolitik Terus Fokus Kebajikan Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar Ahli-ahli Parlimen untuk tidak hanya mementingkan diri dan parti, sebaliknya fokus kepada kebajikan rakyat. Beliau berkata dalam titah itu juga, Seri Paduka Baginda turut sama menyentuh berkenaan penyelesaiaan yang perlu dilakukan kerajaan berkenaan hutang negara. “Patik menjunjung titah diraja […]

» Read more

Ahmad Zahid Junjung Titah Agong, Sedia Berikan Komitmen Pada Sidang Parlimen

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini telah bermula dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir ke Parlimen telah menyatakan kesediaan bagi memberikan komitmen pada sidang kali ini. “Pagi ini saya telah hadir ke Parlimen dan mendengar Titah Diraja oleh KDYMM […]

» Read more

Agong Seru Perkukuh Perpaduan, Tidak Menghasut Dengan Mainkan Isu 3R

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyeru semua lapisan masyarakat supaya memperkukuh perpaduan negara dan tidak menghasut rakyat dengan memainkan isu 3R (race, religion and royalty). Titah Baginda, semua sedia maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama negara yang mesti dihormati dan ia adalah hasil daripada persetujuan Raja-Raja Melayu untuk membentuk Persekutuan dan memberikan punca kuasa […]

» Read more

Kerajaan Negeri Sabah Digesa Buat Persediaan Elak Krisis Air, Tolak Impak Negatif Kepada Rakyat – Jeffery Nor

KOTA KINABALU, 26 Feb – Kerajaan Negeri Sabah perlu membuat persediaan awal bagi menangani kriris bekalan air ekoran fenomena cuaca panas dan kekurangan hujan yang mula melanda negeri ini sejak awal Januari lepas. Pengerusi Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata persediaan awal ini penting bagi memastikan belakan air bersih mencukupi dan tidak membebankan rakyat di negeri ini […]

» Read more

Agong Titah Tidak Akan Layan Permintaan Ganggu Gugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa baginda tidak akan melayan hasrat daripada mana-mana pihak yang mahu menganggu pentadbiran kerajaan. Sultan Ibrahim bertitah bahawa semua pihak harus menunggu Pilihan Raya Umum yang akan datang untuk berpolitik. “Saya tegaskan di sini yang saya tidak akan melayan sebarang permintaan dari mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan […]

» Read more

Parlimen Malaysia: Titah Diraja, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas 26 Februari 2024 ********************************************** Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim, Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi […]

» Read more

Mohamad Hasan Teruskan Khidmat Bakti, Teruja Semangat Kanak-kanak Sertai ‘Tok Mat Cup’

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meneruskan politik khidmat bakti beliau dengan turun padang menyantuni rakyat di kawasan. Pada kali ini, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau meluahkan keterujaan beliau di Facebook apabila melihat semangat para pemain bola sepak Tok Mat […]

» Read more

UMNO Beaufort Hargai Keprihatinan Kepimpinan Tertinggi UMNO, Aspirasi Khidmat Bakti Kepada Rakyat

BEAUFORT, 26 Feb – Keprihatinan kepimpinan tertinggi UMNO terhadap rakyat khususnya mereka yang ditimpa musibah sentiasa dihargai malah menjadi bukti bahawa parti tersebut sentiasa mendukung khidmat bakti berterusan. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menzahirkan penghargaan dan rasa terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa […]

» Read more

Jentera Penerangan Perlu Guna Pendekatan Lebih ‘Sophisticated’, Tarik Semula Undi Rakyat – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Para jentera penerangan perlu menggunakan pendekatan yang lebih canggih (sophisticated) untuk menarik semula undi rakyat, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Jelasnya, pembangunan negara akan lebih sempurna sekiranya pendekatan dalam aplikasi media sosial terkini turut disertai dengan naratif yang efektif. “Pada saya, kita boleh membangunkan negara tetapi sekiranya pembangunan […]

» Read more

Saranan Hidupkan Semula Kerjasama UMNO-Pas Melalui MN Tidak Ikhlas – Ahmad Zahid

CYBERJAYA, 25 Feb – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas. “Kami tidak fikir mereka ikhlas dalam buat tawaran itu kerana yang keluar dari MN bukan UMNO tetapi mereka. Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan. […]

» Read more
1 488 489 490 491 492 2,039