Keputusan Mahkamah Tidak Sama Sekali Padam Jasa Najib – Noh Omar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa tidak sama sekali dapat memadamkan jasa besar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah membawa Selangor dan Malaysia kemercu kejayaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar. Sehubungan itu beliau menzahirkan rasa simpati atas keputusan perbicaraan Datuk Seri Mohd Najib Tun […]

» Read more

BN Tidak Ambil Mudah Malah Bukan Kerangka Selesa, Terus Usaha Untuk PRU15 – Hairi

JOHOR BAHRU, 25 Ogos – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor tidak beranggapan Pilihan raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini satu kelebihan buat mereka untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebaliknya mengambil sikap mentaliti masih berada dalam pembangkang. Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah berkata meskipun BN negeri menang dengan majoriti yang cukup besar pada PRN berkenaan, namun masing-masing tidak […]

» Read more

Kes Najib: Ini Bukan Campur Tangan Mahkamah

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa ini bukan campur tangan mahkamah berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas Mohd Puad, masih lagi […]

» Read more

Timbalan Ketua Bahagian Sebagai Pemangku Ketua UMNO Pekan – Wan Rosdy

KUANTAN, 25 Ogos – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly, akan menjadi ‘caretaker’ jawatan Ketua UMNO Pekan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penyandangnya, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Tim (Timbalan) sebagai Pemangku Ketua Bahagian,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Pahang, menerusi aplikasi WhatsApp […]

» Read more

BN Bersolidariti, Teras Kedaulatan Undang-undang Jadi Prinsip… Doa Najib Cekal

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang kepada prinsip suatu proses perbicaraan yang tidak terangkum dalam maksim “justice hurried is justice burried” dapat dilaksanakan dengan penuh keadilan dan keihsanan bagi membolehkan seorang perayu diberikan hak secukupnya untuk mempertahankan diri. Demikian kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan media berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan […]

» Read more

UMNO/BN Perlu Terus Manfaat Media Sosial, Jawab Segala Tohmahan Lawan – Helmy

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu memanfaatkan sepenuhnya media sosial dan mempertahankan kepimpinan parti yang berterusan menerima tohmahan daripada pihak lawan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem. Katanya UMNO/BN perlu mengaplikasi perkembangan media sosial untuk berperanan sebagai pembela parti dan rakyat bagi menangani pelbagai isu ketika ini. “Pada waktu ini UMNO/BN […]

» Read more

Selamat Ulang Tahun Penubuhan Wanita, Pemuda UMNO… Moga Kekal Utuh Bela Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Penubuhan Wanita dan Pergerakan Pemuda UMNO Ke-73 dengan harapan semoga perjuangan mereka tetap utuh untuk membela rakyat. Jelasnya, kisah perjuangan serta sumbangan Wanita UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO kepada rakyat tidak pernah terpadam. “Wanita UMNO terus menjulang obor perjuangan agama, bangsa dan tanah […]

» Read more

Jasa Najib Adalah Satu Fakta Yang Tidak Boleh Dinafikan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Jasa Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi Perdana Menteri serta Presiden UMNO terhadap rakyat dan negara adalah satu fakta yang tidak boleh sama sekali dinafikan. Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir merakamkan rasa dukacita dan sedih atas pengekalan sabitan kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Najib semalam. “Walaupun […]

» Read more

Sumbangan Najib Tidak Akan Dilupakan, Apa Pun Rakyat Memerhati

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata jasa dan sumbangan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam arena politik tanah air tidak akan dilupakan. Menerusi catatan di Facebooknya, beliau berharap keluarga mantan Presiden UMNO itu tabah memghadapinya. “Jasa dan sumbangan Datuk Seri Najib selama 46 tahun di arena […]

» Read more

Kes Najib: Zahida Gesa Pihak Berkuasa Jejak Nama-nama Lain Yang Terlibat

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan menuntut agar pihak berkuasa meneruskan usaha menjejak nama lain yang terlibat agar episod sabitan salah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ditujukan hanya kepada beliau seorang sahaja. Menerusi hantaran di laman Facebook, Zahida turut menzahirkan kesedihannya di atas apa yang menimpa Najib […]

» Read more
1 486 487 488 489 490 1,584