Mohamad Hasan Teruskan Khidmat Bakti, Teruja Semangat Kanak-kanak Sertai ‘Tok Mat Cup’

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meneruskan politik khidmat bakti beliau dengan turun padang menyantuni rakyat di kawasan.

Pada kali ini, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau meluahkan keterujaan beliau di Facebook apabila melihat semangat para pemain bola sepak Tok Mat Cup Bawah 7 dan 9 Tahun yang diadakan pada Ahad.

Mohamad yang hadir pada majlis penutup program itu berkata dorongan yang tinggi daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah kunci utama kerana memberi galakkan terhadap minat dan bakat ditunjukkan anak-anak mereka.

Program yang dianjurkan oleh Komuniti Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (CCNS) bersama Program Pembangunan Bola Sepak Negara Negeri Sembilan (NFDP) itu turut sama dijayakan Persatuan Bekas Pemain Negeri Sembilan dan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima cukup memberangsangkan tambahan lagi dengan kehadiran lagenda bola sepak Negeri Sembilan iaitu Zaquan Adha, Effendi Malek dan Hamsani Ahmad.

“Tahniah kepada pasukan yang menang serta semua peserta yang menunjukkan semangat luar biasa hari ini.

“Terima kasih juga ke pada ibu bapa yang memberikan sokongan penuh kepada anak-anak masing-masing,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.