Lawatan Kerja: Malaysia Berjaya Raih Potensi Import RM3.31 Bilion – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Malaysia berjaya meraih potensi eksport Malaysia sebanyak RM3.31 bilion dari 14 syarikat pengimport vietnam dalam pelbagai sektor, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa pertemuan tersebut adalah bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara Vietnam dan Malaysia terutamanya dalam bidang pelaburan […]

» Read more

KESUMA Tawar Program Lebih Fleksibel, Kerjasama Syarikat Impak Tinggi – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) sedang merancang gerak kerja bagi mewujudkan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Premium sebagai salah satu inisiatif Kementerian bagi menjenamakan semula TVET di bawah KESUMA. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata inisiatif ini adalah salah satu usaha KESUMA untuk menawarkan program-program yang lebih fleksibel […]

» Read more

PEMENANG Pandang Berat Isu 10,000 Pelajar Tidak Duduki SPM, Majoriti Melayu/Bumiputera

PULAU PINANG, 11 Julai – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) menggesa kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera membuat satu kajian menyeluruh mengenai sebab-sebab lebih 10,000 pelajar tidak hadir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas. Presiden PEMENANG, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, KPTM dan KPM diwajibkan memandang berat dan serius isu […]

» Read more

Kembalikan Sokongan Rakyat, Pemimpin UMNO Perlu Bina Persepsi Positif – Md Alwi

PASIR SALAK, 11 Julai – Pemimpin UMNO perlu membina persepsi positif bagi mengembalikan semula kepercayaan dan sokongan rakyat, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad. Jelasnya, para pemimpin dan akar umbi perlulah bekerja keras untuk membina semula kekuatan parti seperti pada zaman kegemilangannya sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat. “UMNO sekarang ini adalah parti yang tidak menang. […]

» Read more

Pindaan Kanun Keseksaan, Tatacara Jenayah Keperluan Mendesak Lindungi Rakyat Daripada Jenayah Penipuan Dalam Talian

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, petang tadi. Beliau berkata cadangan pindaan kepada Kanun Keseksaan Akta 574 bagi membanteras penjenayah penipuan dalam talian […]

» Read more

Mantapkan Jentera Penerangan, Aplikasi Media Sosial Untuk Jangkau Pengundi – Mohd Rafi

GERIK, 10 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menegaskan jentera-jentera penerangan perlu diperkasakan dan dimantapkan dalam pelbagai peringkat untuk terus memperkukuh parti. Jelasnya, dalam hal ini penggunaan media sosial dalam kalangan jentera penerangan UMNO perlu diaplikasi dengan semaksimumnya. Ini kerana katanya, kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu antaranya adalah berpunca daripada […]

» Read more

PLKN 3.0 Dijangka Mula Pertengahan Tahun Depan – Khaled

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dicadangkan bermula sekitar pertengahan tahun depan. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata ia membabitkan fasa pra PLKN di peringkat sekolah terlebih dahulu. “Bagi fasa pra-PLKN di peringkat sekolah ia akan dilaksanakan bersama dengan ketetapan pelaksanaan modul generasi madani oleh Kementerian […]

» Read more

Bersama Perkukuh Parti, Tanggungjawab Ahli Pastikan UMNO Kembali Dominan – Maizatul Akmam

BAKRI, 10 Julai – Seluruh ahli UMNO bertanggungjawab untuk sama-sama pastikan parti ini kembali dominan, kata Bendahari Wanita UMNO, Datin Maizatul Akmam Alawi. Ujarnya, walaupun hari ini UMNO merupakan salah satu tunjang utama dalam Kerajaan Perpaduan tetapi parti ini bukanlah pemegang kuasa sebenar. “Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli parti, dan terutama wanita sebagai tulang belakang UMNO, untuk bersama memastikan […]

» Read more

Majlis Sosial Negara Tangani Isu Sosial Dalam Kalangan Remaja, Bentuk Keperibadian Insaniah – Noraini

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kerajaan telah menubuhkan Majlis Sosial Negara (MSN) sebagai jentera pelaksana dasar sosial negara yang merupakan dasar payung merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata ia bagi menangani isu sosial dalam kalangan remaja […]

» Read more

Tekad Perwakilan Kembalikan Kerusi Gerik Kepada UMNO, Kehadiran Presiden Suntik Semangat Perjuangan

GERIK, 10 Julai – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menyaksikan kerusi Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu beralih kepada pembangkang apabila calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili UMNO tewas buat pertama kalinya di kawasan terbabit. Lantaran itu, perwakilan UMNO Bahagian Gerik yang bersidang dalam Mesyuarat UMNO Bahagian terbabit pada Isnin sepakat memperkukuh tekad bagi mengembalikan semula kerusi […]

» Read more
1 367 368 369 370 371 2,036